Trump luah kritikan pedas kepada media

Trump luah kritikan pedas kepada media

WASHINGTON, 15 Ogos – Donald Trump, yang berang dengan laporan berita bahawa dia semakin tertekan dan muram ekoran prospek menduduki jawatan presiden semakin pudar, telah mengeluarkan beberapa serangan paling pedasnya ke atas pihak media.

“Saya tidak bertanding menentang Hillary Clinton yang tidak jujur,: calon presiden dari parti Republikan itu berkata dalam ucapan lewat Sabtu lau di Fairfield, Connecticut. “Saya bertanding menentang media yang tidak jujur.”

Trump terutamanya nampak sedih dengan artikel New York Times yang memetik penolong-penolong Trump yang identiti mereka tidak didedahkan sebagai berkata secara tertutup ‘keadaannya kerap muram dan tidak menentu.’

Para anggota Republikan yang rapat dengan kempennya dipetik sebagai berkata ‘dia keletihan, kecewa dan masih kebingungan” oleh proses politik.

Taikun hartanah itu membalas mesejnya semalam, dengan dalam twitter mengatakan “Perhimpunan saya tidak dibuat liputan dengan sempurna oleh pihak media.”

Mereka tidak pernah membincangkan mesej sebenar dan tidak pernah memperlihatkan bagaimana saiz orang ramai atau keghairahan.”

Kemudian, di tengah banyak tweet seterusnya tentang perkara itu, dia menambah “ia bukan kebebasan media’ apabila surat khabar dan yang lain dibenarkan untuk menyatakan dan menulis apa saja yang mereka inginkan meskipun ia salah sama sekali.”

Trump telah merungut selama berbulan-bulan tentang liputan media. Dia telah melucutkan senarai panjang pertubuhan surat khabar – termasuklah New York Times, BuzzFeed, Politico dan The Washington Post . – AFP