Trump makan malam bersama Romney

Trump makan malam bersama Romney

NEW YORK, 30 Nov – Donald Trump semalam makan malam bersama Mitt Romney di salah sebuah restoran paling mewah di New York, seterunya dahulu yang menjadi orang yang disebut-sebut akan menang dalam persaingan untuk menjadi setiausaha negara Amerika seterusnya.

Makan malam itu diadakan ketika presiden yang baru dilantik itu mendapat semangat dari syarikat pengilangan yang mengumumkan perjanjian untuk mengekalkan hampir, 1,000 pekerjaan di Rust Belt dan ketika jutawan New York itu bersiap sedia untuk mengalihkan tumpuannya dari temu bual kerja kepada jelajah kemenangan selepas pilihan raya.

Pilihan Jean-Georges, restoran Michelin tiga bintang yang berhadapan Central Park yang dikendalikan oleh cef selebriti Perancis Jean-Georges Vongerichten dan popular dengan masyarakat tinggi New York, adalah satu lagi indikasi paling jelas bahawa Trump mungkin memilih Romney sebagai ketua diplomat beliau.

Selepas makan malam, Romney memberi pujian kepada Trump yang begitu berlainan daripada kritikan lalunya, dengan mengatakan ‘dia kagum dengan ucapan penerimaannya dan kemudian persiapan bagi jawatan dengan menyifatkannya ‘malam indah’.

Donald Trump dan Mitt Romney menjamu selera di restoran Jean Georges pada 29 November di Bandar New York. – AFP
Donald Trump dan Mitt Romney menjamu selera di restoran Jean Georges pada 29 November di Bandar New York. – AFP

“Saya berpendapat kamu akan melihat Amerika terus menerajui dunia pada abad ini,” Romney memberitahu para pemberita dengan mengatakan dia ‘menambah harapan bahawa Trump adalah lelaki yang boleh menerajui kita semua kepada masa hadapan yang lebih baik.

Taikun hartanah itu dan bekas calon Republikan yang tewas dalam pilihan raya tahun 2012 kepada Barack Obama disertai oleh bakal ketua kakitangan Trump, Reince Priebus dan juga dihadiri oleh yang lain, termasuklah wartawan kanan Rumah Putih, CNN.

Di sebuah restoran yang mana harga makan malam bermula AS$148 seorang, kumpulan Trump berkata mereka menikmati sup bawang putih dengan daun tyme, kaki katak saute dan kekapis dengan bunga kubis dan jeruk kismis emulsi. – AP