Trump menang di dua buah negeri

Trump menang di dua buah negeri

WASHINGTON, 11 Mei (AFP) – Calon presiden Republikan, Donald Trump menang di dua buah negeri semalam, manakala Bernie Sanders mengatasi saingannya Hillary Clinton dari parti Demokratik di West Viriginia, yang mengukuhkan keadaannya bagi persaingan-persaingan selebihnya.

Kemenangan besar di West Viriginia dan Nebraska meletakkan Trump malah lebih hampir untuk meraih 1,237 wakil yang diperlukannya untuk mengisytiharkan calon parti pada konvensyen pada Julai.

‘Terima kasih West Virginia!” dan Terima kasih Nebraska!” menurutnya dalam dua penghantaran ke Twitter.

Kini satu-satunya calon Republikan dalam persaingan ini selepas saingan-saingannya yang tinggal mengundur diri minggu lalu, Trump membuat peralihan dari persaingan pilihan raya kecil yang garang dengan calon-calon seperti Ted Cruz dan Marco Rubio ke persaingan pilihan raya umum dengan Clinton, malah di tengah perbalahan Republikan tentang jutawan selebriti.

Dia telah mengurangkan pilihan calon bagi rakan pilihan raya, dengan memberitahu Fox News dia sedang menimbangkan lima pilihan timbalan presiden.

“Saya berpendapat mereka sangat baik,”tambahnya. “Saya akan mengumumkan siapa orang itu pada konvensyen di Cleveland Ohio, menurut Trump.