Trump mengutuk pencerobohan Iraq

Trump mengutuk pencerobohan Iraq

WASHINGTON, 19 Feb (AFP) – Calon Republikan bagi jawatan presiden Donald Trump berkata keputusan pencerobohan Iraq adalah yang paling teruk dibuat oleh presiden Amerika Syarikat namun mengakui bahawa dia sebelumnya menyokong langkah itu.

“Pada dasarnya, tiada senjata pemusnah besar-besaran,” Trump berkata ketika satu mesyuarat dewan perbandaran yang dianjurkan oleh CNN yang melihat calon itu menerima beberapa soalan daripada khalayak ramai di South Carolina menjelang undian utama negeri Sabtu ini.

“Saya beritahu anda. Ia mungkin keputusan yang paling teruk untuk pergi ke Iraq, ia mungkin keputusan yang paling teruk yang dibuat oleh sesiapapun, mana-mana presiden telah membuat dalam sejarah negara ini, itulah sebagaimana berapa teruknya,” dia menambah mengenai pencerobohan AS pada 2003.

Trump telah menyelar bekas presiden George W. Bush yang mana adiknya Jeb adalah pesaing Trump pada perlumbaan bagi jawatan di Rumah Putih 2016 ketika ini.

“Peperangan di Iraq memulakan kesemua ketidakstabilan di Timur Tengah, ia memulakan ISIS, ia memulakan Libya, ia memulakan Syria,” Trump menyimpulkan ketika di dewan perbandaran.

Trump ketika ditemu bual oleh warga CNN. – AFP
Trump ketika ditemu bual oleh warga CNN. – AFP

“Itu salah satu keputusan paling teruk pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan. Lebih-lebih lagi, Bush yang membuat keputusan itu.”

Namun pada satu temu bual 2002 bersama personaliti radio Howard Stern, didedahkan oleh BuzzFeed News, Trump berkata dia akan menyokong pencerobohan Iraq.

“Ya saya rasa begitu,” Trump berkata ketika itu. “Saya berharap kali pertama ia dibuat secara betul,” merujuk kepada Perang Teluk pada 1990-1991.

Apabila ditanya di acara CNN itu jika laporan itu tepat: “Saya mungkin pernah mengatakan sebegitu.”

“Saya bukan ahli politik ketika itu. Ia mungkin kali pertama seseorang bertanyakan saya soalan itu,” ujar Trump, menambah “pada masa peperangan bermula, saya menentang peperangan itu.”