Trump menjadi ‘sekutu biasa’ Syria – Assad

Trump menjadi ‘sekutu biasa’ Syria – Assad

DAMSYIK, Syria, 16 Nov – Bashar al-Assad dari Syria berkata dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini bahawa Trump akan menjadi ‘sekutu biasa’ jika presiden AS yang baru dilantik itu memenuhi janjinya untuk memerangi ‘pengganas’.

Dalam reaksi pertama beliau terhadap kemenangan Trump dalam pilihan raya minggu lalu, mengingati dan berkata beliau tidak pasti jutawan Amerika itu akan mampu mengotakan kata-katanya dan meningkatkan usaha memerangi para pejuang berani mati itu.

“Kita tidak boleh menyatakan apa-apa apa yang akan dilakukannya, tetapi jika beliau akan memerangi pengganas, sudah tentu kami akan menjadi sekutu, sekutu biasa dengan Rusia, bersama pihak Iran, dan banyak lagi negara lain,” beliau memberitahu kepada televisyen kerajaan Portugal, RTP.

Ditanya tentang ulasan kempen Trump yang mengatakan AS seharusnya lebih menumpu pada memerangi kump Islamic State (IS), Assad berkata beliau akan menyambut baik langkah seumpama itu tetapi berwaspada.

Gambar fail 21 Sept 2016 menunjukkan Presiden Bashar Assad bercakap kepada The Associated Press di istana presiden di Damsyik, Syria. Beliau berkata bahawa Donald Trump akan menjadi ‘sekutu biasa’ jika presiden AS yang baru dilantik itu memenuhi janjinya untuk memerangi ‘pengganas’. – AP
Gambar fail 21 Sept 2016 menunjukkan Presiden Bashar Assad bercakap kepada The Associated Press di istana presiden di Damsyik, Syria. Beliau berkata bahawa Donald Trump akan menjadi ‘sekutu biasa’ jika presiden AS yang baru dilantik itu memenuhi janjinya untuk memerangi ‘pengganas’. – AP

“Saya katakan adanya harapan baik, namun bolehkah beliau melaksanakan?” kata Assad yang bercakap dalam bahasa Inggeris. “Bolehkan beliau laksanakan dalam hal itu? Bagaimana dengan kekuatan timbal balas dalam pentadbiran, media aliran biasa yang menentangnya? Bagaimana beliau menanganinya,” katanya.

“Sebab itu kami masih ragu-ragu sama ada beliau boleh melakukan atau berpegang pada janji-janjinya atau tidak. Kerana itu kami sangat ragu-ragu dalam menilai beliau kerana beliau bukan dalam kedudukan politik sebelum ini,” kata Assad lagi. AS mengetuai campuran antarabangsa yang melancarkan serangan udara menentang para pejuang berani mati IS di Syria dan negara jiran, Iraq dan juga menyokong para pemberontak yang memerangi rejim Assad.

Dalam temu bual dengan New York Times pada 26 Mac, Trump berkata beliau menyangka ‘pendekatan memerangi Assad dan IS dengan serentak adalah gila dan bodoh. Kita tidak boleh memerangi dua orang yang berperang antara satu sama lain dan memerangi mereka bersama-sama. Kita perlu memilih satu pihak atau yang satu pihak lagi,” kata Trump. Dan ketika berkempen, Trump juga berjanji akan memperbaiki hubungan Amerika dengan penyokong utama Assad, Rusia. – AFP