Trump mungkin terlepas daripada bayar cukai

Trump mungkin terlepas daripada bayar cukai

WASHINGTON, 2 Okt – Donald Trump mengisytiharkan kerugian AS$916 juta pada pulangan cukai pendapatannya pada tahun 1995, yang membolehkannya untuk secara sah mengelak membayar cukai selama berdekad-dekad, lapor The New York Times lewat semalam.

Isu sensitif itu penting kerana Trump enggan mengeluarkan rekod cukainya, tidak seperti kebiasaan yang dilakukan oleh calon-calon presiden AS dalam kepentingan ketelusan.

Rekod cukai 1995 yang didedahkan oleh Trump sebelumnya menunjukkan faedah cukai luar biasa’ yang diperolehi oleh Trump ‘dari kehancuran kewangan yang ditinggalkannya pada awal 1990an menerusi salah pengurusan ke atas tiga kasino Atlantic City, penceburan malangnya ke dalam perniagaan penerbangan dan pembelian Plaza Hotel pada waktu sukar di Manhattan,” lapor The Times.

Sementara pendapatan Trump yang boleh dikenakan cukai dalam tahun-tahun berikutnya tidak diketahui, “kerugian AS$916 juta dalam tahun 1995 cukup besar untuk menghapuskan lebih AS$50 juta setahun dalam pendapatan yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh 18 tahun,” menurut laporan itu lagi.

Kempen Trump telah mengeluarkan kenyataan yang tidak menyentuh tentang kerugian AS$916 juta itu.

“Trump adalah ahli perniagaan yang begitu mahir yang mempunyai tanggung jawab pemegang amanah kepada perniagaannya, keluarganya dan kakitangannya untuk membayar cukai lebih dari yang diperlukan dari segi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

“Itu telah dinyatakan Trump telah membayar ratusan juta dolar dalam cukai harta, cukai jualan dan eksais, cukai hartanah, cukai bandar, cukai negara, cukai kakitangan dan cukai persekutuan, tambahnya tanpa memberikan butiran khusus.

Kempen tu membidas The Times sebagai ‘lanjutan kempen Clinton, Parti Demokrat dan kepentingan khas sejagat mereka.” – AFP