Trump pecat pengurus kempen

Trump pecat pengurus kempen

WASHINGTON, 21 Jun (AFP) – Bakal calon presiden Republikan, Donald Trump memecat pengurus kontroversi kempennya Corey Lewandowski semalam, dalam usaha memulihkan semula usaha merebut White House selepas baru-baru ini ketinggalan dengan Hillary Clinton.

Trump, 70, agak terjejas dalam pilihan raya umum kebelakangan ini dan mencetuskan kemarahan dengan komen mengenai Islam terutama selepas insiden pembunuhan di kelab gay di Orlando.

Perubahan tidak dapat dielakkan dengan kurang daripada sebulan berbaki sebelum konvensyen Republikan.

Selepas berminggu khabar angin mengenai perbezaan pendapat wujud dalam kem Trump mengenai cara terbaik untuk berdepan Clinton, akhirnya pengurus kempen, Corey Lewandowski meninggalkan pasukannya.

Pengurus kempen Trump yang dipecat, Corey Lewandowski dalam gambar fail 10 Mac 2016 ketika bercakap kepada media di Mar-A-Lago Club di Palm Beach, Florida. – AFP
Pengurus kempen Trump yang dipecat, Corey Lewandowski dalam gambar fail 10 Mac 2016 ketika bercakap kepada media di Mar-A-Lago Club di Palm Beach, Florida. – AFP

“Saya rasa Corey seorang yang hebat,” kata Trump memberitahu Fox News. Tapi sudah tiba masanya untuk menukar cara kita berkempen.

“Kita mengendalikan sebuah kempen kecil, cantik dan bersatu. Saya mempunyai 73 orang. Hillary Clinton pula dengan hampir 900 orang dan kami berada dalam kedudukan yang sama.”

Trump turut merancang untuk mengumumkan jawatan naib presiden pilihan beliau pada konvensyen Republikan di Cleveland bulan depan.