Trump persoalkan kerakyatan pencabarnya

Trump persoalkan kerakyatan pencabarnya

WASHINGTON, 11 Jan (Reuters) – Calon presiden Republikan yang disebut-sebut akan menang, Donald Trump semalam berulang-ulang mengatakan tentang kelayakan pencabar terdekatnya untuk menjadi presiden AS, sementara ketua Senat parti itu berkata dewan itu akan menjauhi pergaduhan itu yang melibatkan kewarganegaraan Ted Cruz.

Di bawah perlembagaan, presiden-presiden mestilah ‘warganegara kelahiran asli’ Cruz dilahirkan di Calgary, Alberta, tetapi ibunya adalah warga AS yang menurutnya menjadikannya layak untuk bertanding.

Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell memberitahu rancangan ABC, ‘This Week’ bahawa Senat tidak akan secara rasmi bertindak balas terhadap dakwaan Trump bahawa kelahiran Kanada senator itu membuatkannya tidak layak menjadi presiden. Ayah Cruz dilahirkan di Cuba.

Pada tahun 2008, Senat telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan Senator John McCain, calon presiden Republikan, warga kelahiran asli.

Ibu bapa Cain adalah warga Amerika dan dia dilahirkan di pangkalan tentera AS di Zon Terusan Panama.

Trump memberi ucapan di Reno, Nevada. – Reuters
Trump memberi ucapan di Reno, Nevada. – Reuters

“Saya berpendapat Senat tidak akan terlibat dalam perkara ini,” kata McConnell. “Mereka berbalah di Iowa dan New Hampshire.

Kami akan mempunyai calon, diharapkan dalam tempoh musim bunga.”

Pemenang akan berdepan dengan pencalonan Demokrat pada pilihan raya November. Ketika Cruz mendahului dalam tinjauan pendapat di Iowa sebelum kokus 1 Feb, pilihan raya kecil pertama di negara itu, penonjolan Trump menyusul.

Jutawan ahli perniagaan itu menekankan isu kewarganegaraan minggu lalu, dengan memberi amaran bahawa Demokrat boleh mencabar kelayakan Cruz di mahkamah.

Ditanya pada rancangan “Fox New Sunday” sama ada dia benar-benar meragui Cruz adalah warga kelahiran asli, Trump berkata, “Saya tidak tahu, saya benar-benar tidak tahu. Ia bergantung.” “Adakah kelahiran asli bermaksud lahir di tanah air, bererti larih di tanah air? kalau begitu, dia bukan.’

Trump berkata istilah itu belum dihakimi, dan menasihatkan Cruz supaya meminta keputusan hakim. “Pihak Demokrat akan mengemukakan tindakan mahkamah,” Trump meramalkan. “Dia perlu menyelesaikan perkara ini.”

Seorang lagi saingan Cruz dalam kempen Republikan, Senator Rand Paul berkata semalam, tidak jelas jika Cruz telah memenuhi ujian sebagai warganegara kelahiran asli.

“Saya berpendapat pihak Demokrat akan mencabarnya dan saya berpendapat ia akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi,” katanya dalam rancangan CBS ‘Face the Nation.’ Cruz berkata dia tidak berhasrat berbalah dengan Trump. Tetapi bidasan itu, ujarnya, menceritakan.

ARTIKEL YANG SAMA