Trump, Sanders unggul di New Hampshire

Trump, Sanders unggul di New Hampshire

MANCHESTER, N.H, 10 Feb – Donald Trump menang dalam pengundian calon presiden Republikan di New Hampshire manakala Senator Amerika Syarikat, Bernie Sanders mengatasi Hillary Clinton dalam undian parti Demokrat, lapor rangkaian televisyen negara itu.

Kemenangan Trump menyerlahkan statusnya sebagai calon utama pada saingan calon parti untuk jawatan Rumah Putih pada pilihan raya 8 November.

Kempen bintang realiti televisyen itu dicemari oleh gesaannya untuk menghantar pendatang tanpa izin dan melarang orang Islam daripada memasuki Amerika Syarikat. Sanders yang menyifatkan dirinya sebagai sosialis demokrat, meraih 56 peratus daripada undi, mengatasi bekas Setiausaha Negara, Clinton yang meraih 42 peratus.

Dalam kenyataan kempennya, Clinton menerima kekalahannya di New Hampshire. Pengurus kempen, Robby Mook berkata, mereka sudah “pisahkan” saingan bagi dua pencalonan – Iowa pada minggu lalu dan berkata, pencalonan Demokrat akan “hampir pasti” ditentukan pada Mac.

Kempen Clinton berkata, sokongan pengundi kulit hitam dan Hispanic akan menjadi kunci kemenangan.

Sanders menang undian di New Hampshire. – Reuters
Sanders menang undian di New Hampshire. – Reuters

Persaingan seterusnya akan berlangsung di Nevada dan South Carolina lewat bulan ini.

“Ia memang amat sukar, jika tidak ia mustahil, bagi seorang calon Demokrat untuk menang pencalonan tanpa sokongan padu daripada pengundi Afrika-Amerika dan Hispanic,” kata Mook dalam tulisan bertajuk “March Matters.” – Reuters