Trump saran AS terima Crimea

Trump saran AS terima Crimea

WASHINGTON, 1 Ogos – Calon presiden Republikan Donald Trump menyarankan AS menerima penggabungan Crimea dengan Rusia jika ia membawa kepada hubungan lebih baik dengan Moscow dan kerjasama lebih kukuh dalam memerangi militan.

Pandangan itu ditujukan kepada pentadbiran Obama, yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia kerana menggabungkan wilayah itu di Ukraine dua tahun lalu.

PBB juga tidak mahu negara-negara mengiktiraf Crimea sebagai sebahagian Rusia dan sebilangan ahli tertinggi Republikan begitu mempertahankan Crimea di atas apa yang dianggap penyerangan Rusia.

Dalam temu bual yang disiarkan semalam dalam program ABC ‘This Week’ Trump mengatakan rakyat Crimea adalah lebih baik menjadi sebahagian Rusia.

Trump ketika bercakap semasa perhimpunan kempen di Colorado Springs, Colo pada 29 Julai yang lalu. Trump menyarankan AS menerima penggabungan Crimea dengan Rusia jika ia membawa kepada hubungan lebih baik dengan Moscow dan kerjasama lebih kukuh dalam memerangi militan. – AP
Trump ketika bercakap semasa perhimpunan kempen di Colorado Springs, Colo pada 29 Julai yang lalu. Trump menyarankan AS menerima penggabungan Crimea dengan Rusia jika ia membawa kepada hubungan lebih baik dengan Moscow dan kerjasama lebih kukuh dalam memerangi militan. – AP

Bagaimanapun AS belum mengiktiraf kesahan referendum Rusia di Crimea dan percaya ia tidak dijalankan dengan adil.

Trump juga berkata dia tidak terlibat dalam usaha yang mengurangkan sokongan dalam asas parti Republikan dalam membantu Ukraine.

Meskipun asas bukan pro Rusia, para penyokong Trump berjaya mencegah rujukan kepada membekalkan senjata kepada Ukrain dari ditambah.

Sebelum ini, pengurus kempen Trump, pakar strategik politik Paul Manafort, melobi bagi pihak Viktor Yanukovych, presiden Ukrain dan penyokong Presiden Rusia Vladimir Putin.

Manafort berkata dia mahupun sesiapa pun dengan kempen Trump menggesa bagi perubahan asas. – AP