Trump selar perisikan AS, media

Trump selar perisikan AS, media

NEW YORK, 12 Jan – Donald Trump membidas agensi perisikan AS dan juga media semalam, apabila beliau menafikan dakwaan menggemparkan tentang hubungan beliau dengan Rusia, namun mengakui buat pertama kali bahawa Moscow mungkin campur tangan dalam pilihan raya AS.

Cuma tinggal lebih seminggu sebelum beliau mengambil jawatan presiden, Trump berkata beliau telah menyerahkan ‘sepenuhnya’ kawalan pengurusan ke atas empayar hartanah sejagatnya kepada dua orang anak lelakinya tetapi tidak menyatakan sepenuhnya menghentikan pelaburan, yang mengundang teguran pantas dari pemerhati etika dan para penentang dari Parti Demokrat.

“Ia tidak memenuhi piawaian yang dipenuhi oleh calon-calon terbaik beliau dan yang telah dipenuhi oleh setiap presiden dalam tempoh empat dekad lalu,” kata Walter Shaub, pengarah Pejabat Etika Kerajaan.

“Beliau perlu mengenepikan kepentingan perniagaan beliau dan beliau perlu meletakannya dalam apa yang dipanggil ‘Blind Trust’ (menyerahkan kuasa perniagaan dan tidak campur tangan langsung dalam pengurusannya),” Senator Demokrat Elizabeth Warren memberitahu Bloomberg TV.

Gambar fail pada 11 Januari 2017 menunjukkan Trump ketika berucap semasa sidang akhbar di lobi Menara Trump di New York. Trump membidas agensi perisikan AS dan juga media semalam, apabila beliau menafikan dakwaan menggemparkan tentang hubungan beliau dengan Rusia. – AP
Gambar fail pada 11 Januari 2017 menunjukkan Trump ketika berucap semasa sidang akhbar di lobi Menara Trump di New York. Trump membidas agensi perisikan AS dan juga media semalam, apabila beliau menafikan dakwaan menggemparkan tentang hubungan beliau dengan Rusia. – AP

Namun sidang media yang berjalan selama sejam, yang pertama bagi Trump dalam tempoh enam bulan, benar-benar menumpu pada dakwaan tidak berasas bahawa para penolongnya berpakat sulit dengan Kremlin untuk memenangi pilihan raya AS dan Rusia mempunyai maklumat mencurigakan tentang Trump.

Presiden yang baru dilantik itu menuduh CNN menghasilkan ‘berita palsu’ dan membidas BuzzFeed sebagai ‘timbunan sampah yang terjatuh’ selepas ia menyiarkan dosir dengan bahan yang menunjukkan bersalah, yang dibentuk oleh seorang bekas ejen perisikan Britain yang diupah untuk melakukan ‘penyelidikan bertentangan’ tentang Trump.

“Semua itu berita palsu. Ia berpura-pura. Ia tidak berlaku,” katanya dengan merujuk kepada dakwaan tentang kelakuan menggemparkan di sebuah bilik hotel di Moscow. – AFP