Trump tarik balik dakwaan ke atas Clinton

Trump tarik balik dakwaan ke atas Clinton

WASHINGTON, 23 Nov – Presiden AS yang baru dilantik Donald Trump semalam menarik balik ancaman akan mendakwa saingan politiknya, Hillary Clinton, dengan mengatakan melakukan demikian akan ‘memecah belahkan negara’.

Pada pertemuan dengan kakitangan editorial New York Times, Trump nampaknya menarik balik retorik kempen ‘kurung beliau’ yang telah membangkitkan persoalan terhadap penghormatannya bagi peraturan undang-undang.

“Saya benar-benar tidak mahu menjejaskan keluarga Clinton,” Trump dipetik sebagai berkata oleh kakitangan surat khabar itu. “Hillary Clinton telah banyak merasakan kesakitan dalam banyak segi.” Selepas penyiasatan FBI ke atas penggunaan server e-mel persendirian oleh Clinton ketika menjadi setiausaha negara, Jabatan Keadilan menyatakan tidak ada dakwaan dibuat ke atas calon Demokrat itu.

Tetapi isu itu mengundang kemarahan pihak Republikan dan mengatakan itu adalah faktor kekalahan Clinton kepada Trump pada pilihan raya presiden 2016.

Gambar fail 16 November 2016 menunjukkan Hillary Clinton menyampaikan ucapan ketika majlis Children’s Defense Fund’s Beat the Odds Celebration di Newseum di Washington, DC. – AFP
Gambar fail 16 November 2016 menunjukkan Hillary Clinton menyampaikan ucapan ketika majlis Children’s Defense Fund’s Beat the Odds Celebration di Newseum di Washington, DC. – AFP

Ketika kempen itu, Trump mencetuskan kebimbangan dan selaran meluas apabila beliau berkata Clinton akan dipenjarakan jika beliau memenangi jawatan Rumah Putih.

Beliau kini berdepan dengan kemarahan penyokong yang menerima bulat-bulat janjinya itu. Laman sesawang sayap kanan, Brietbart menuduh Trump ‘mengingkari janji’ dalam apa yang mungkin keretakan jelas pertama dalam gabungan Republikan Trump, kelas pertengahan yang bersungut dan pelampau berhaluan kanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA