Trump temui jawatankuasa kebangsaan

Trump temui jawatankuasa kebangsaan

WASHINGTON, 1 April (Reuters) – Calon presiden Republikan yang disebut-sebut akan menang, Donald Trump mengadakan lawatan mengejut tertutup ke Jawatankuasa Republikan Kebangsaan (RNC) semalam, selepas kempen dua hari yang gamat yang termasuklah penarikan balik jaminan untuk menyokong calon parti.

Trump, yang juga bersusah payah menangani kesan sampingan dari ulasannya pada Rabu lalu bahawa wanita-wanita yang menggugurkan janin seharusnya dihukum jika prosedur itu adalah prosedur haram, berkata selepas itu bahawa dia ‘telah mengadakan rundingan elok’ untuk berbincang tentang perpaduan parti dengan pengerusi RNC Reince Priebus.

Priebus berkata rundingan itu dijadualkan beberapa hari lalu termasuklah rundingan tentang proses menuju konvensyen Julai parti itu di Cleveland. Trump mendahului persaingan Republikan, tetapi berisiko kekurangan 1,237 delegasi yang diperlukan untuk menjadi calon parti pada pilihan raya 8 November, yang membangkitkan prospek konvensyen yang dipertandingkan.

“Kami telah berbincang tentang perpaduan dan bekerjasama dan memastikan bila kami pergi ke Cleveland dan keluar dari Cleveland, yang kami usahakan dalam hala sama,” Priebus memberitahu Saluran Fox News.

Hubungan Trump dan RNC ada masanya berbalah dan baru-baru ini dia merungut parti itu tidak melayannya dengan adil ketika ia bersiap sedia bagi kemungkinan konvensyen yang dipertandingkan.