Trump terajui parti Republikan

Trump terajui parti Republikan

WASHINGTON, 4 Mei (AFP) – Donald Trump mengambil alih tanggungjawab pemimpin Republikan bagi pilihan raya presiden 2016 lewat semalam, setelah menyingkirkan satu-satunya pencabar seriusnya, Ted Cruz dari persaingan bagi jawatan Rumah Putih.

Selepas meraih kemenangan di Indiana, calon yang anti-penubuhan dan tidak ortodoks mengambil peranan calon de facto dan menumpu pada saingan Demokrat yang berkemungkinan besar akan dihadapinya bagi jawatan presiden.

“Kita akan memburu Hillary Clinton,” jutawan berpengaruh hartanah itu memberitahu para penyokongnya yang berhimpun di Menara Trump di New York untuk meraikan kemenangannya.

“Kita akan menang dalam bulan November dan kita akan menang besar.”

Donald Trump menyapa para penyokongnya ketika kempennya di New York. - AFP
Donald Trump menyapa para penyokongnya ketika kempennya di New York. – AFP

Persaingan semalam di negeri barat tengah itu adalah usaha terakhir calon-calon Republikan untuk meraih pencalonan parti.

Tetapi ketika persaingan memihak Trump, Cruz mengakui kepada para penyokong di Indianapolis bahawa dia tidak akan lagi mempunyai laluan ke hadapan.

“Kita serahkannya di Indiana,” kata Cruz ketika dia mengumumkan dia menangguhkan kempennya.

“Kami telah melakukan yang kita mampu, tetapi para pengundi memilih laluan lain.”

ARTIKEL YANG SAMA