Trump terima kunjungan Erdogan

WASHINGTON, 17 Mei – Presiden Donald Trump dan Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan di Rumah Putih dan berjanji untuk bekerja memperbaiki hubungan-hubungan tegang meski amaran tegas pemimpin Turki itu mengenai pembekalan senjata dari Washington kepada militan Kurdish.

Baru sahaja mendapatkan genggamannya terhadap Turki dengan satu referendum untuk meningkatkan kuasanya, Erdogan tiba di Washington dengan beberapa senarai aduan mengenai sokongan AS terhadap para pejuang Kurdish dan pelindungannya terhadap dalang yang didakwa terlibat dalam rampasan kuasa gagal di Turki tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin juga mahu memperlihatkan keberanian mereka dalam perbezaan mereka dan untuk memperbaharui satu pakatan utama di antara kuasa utama NATO dan ahli Muslim terbesarnya, rakan dalam perjuangan menentang kumpulan Islamic State di Syria dan Iraq.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima untuk mempertimbangkan pengambilan YPG-PYD sebagai rakan di rantau itu dan ia berlawanan dengan perjanjian global yang telah kami capai,” kata Erdogan, merujuk kepada Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) di Syria.

“Dalam jalan yang sama, kami harus sama sekali tidak membenarkan kumpulan-kumpulan itu yang ingin mengubah struktur etnik dan agama di rantau itu untuk menggunakan keganasan sebagai satu alasan,” tambahnya, menunjukkan bahawa pihak Kurdish menggunakan perjuangan anti-IS sebagai bayangan bagi pemisah nasionalisme.

Donald Trump ketika menerima kunjungan Erdogan di Rumah Putih, Washington. – AFP
Donald Trump ketika menerima kunjungan Erdogan di Rumah Putih, Washington. – AFP

Trump merupakan salah seorang pemimpin terawal yang mengucapkan tahniah kepada Erdogan kerana memenangi undian pada 16 April untuk mengukuhkan kepimpinannya dan Erdogan juga membalas pujian itu kelmarin dengan memuji hosnya “kemenangan legenda” dalam pilihan raya presiden AS.

“Sudah tentu kemenangan Trump telah membawa kepada kebangkitan jangkaan baru buat Turki dan rantau di dalamnya. Kami tahu pentadbiran baru AS tidak akan membiarkan harapan ini disia-siakan,” ujar Erdogan.

Pemimpin AS itu memberikan penghormatan kepada sumbangan-sumbangan bersejarah Turki kepada pakatan Barat ketika pertempuran Perang Dingin dan berjanji: “Hari ini kita berdepan musuh baru dalam perjuangan menentang keganasan dan sekali lagi kami akan berdepan ancaman ini bersama.” – AFP