Trump ‘terjejas’ dengan dakwaan palsu

WASHINGTON, 11 Feb – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata bahawa kehidupan dalam keadaan ‘terjejas’ dengan dakwaan palsu selepas dua daripada pembantu Rumah Putih meletak jawatan atas dakwaan penganiayaan domestik.

Rumah Putih yang dikendalikan Trump dikritik hebat kerana caranya menangani dakwaan tersebut, yang hadir di tengah-tengah perdebatan kebangsaan mengenai salah laku seksual dan pergerakan #MeToo yang menyaksikan banyak tuntutan jatuh ke berbagai industri.

Pengkritik berkata ketua kaki tangan Presiden, John Kelly, secara teruk memperlakukan perkara itu dan masa depannya di Rumah Putih terancam.

“Kehidupan orang ramai terjejas dan musnah dengan dakwaan itu,” jelas Trump.

“Sebahagiannya adalah benar dan sebahagian lagi palsu. Sebahagiannya sudah lama dan sebahagiannya baru.

Gambar fail 6 Februari 2018 menunjukkan reaksi Presiden Donald Trump ketika menghadiri persidangan meja bulat di dalam Bilik Kabinet Rumah Putih di Washington, DC. Trump berkata kehidupannya dalam keadaan ‘terjejas’ dengan dakwaan palsu selepas dua daripada pembantu Rumah Putih meletak jawatan atas dakwaan penganiayaan domestik. – AFP

Tiada pemulihan bagi seseorang yang didakwa palsu- -kehidupan dan kerjaya hilang. Adakah perkara seperti itu lebih lama seperti Due Process?”

Ucapan dari presiden – yang juga menjadi sasaran terhadap dakwaan gangguan – dibuat selepas penulis ucapan Rumah Putih, David Sorensen meletak jawatan pada Jumaat lalu, walaupun menafikan dakwaan bekas isterinya melakukan penganiayaan.

Dan setiausaha kaki tangan Rob Porter meletak jawatan pada Rabu lalu selepas dakwaan penganiayaan dari dua bekas isterinya didedahkan di mana dua juga menafikannya.

Trump bukan saya menerima dakwaan tidak bersalah Porter tetapi memujinya melakukan “tugas yang bagus” dan mengharapkannya bagi “kerjaya yang menarik”.

Presiden itu juga membela lelaki lain termasuk Roy Moore, Republikan Alabama yang gagal dalam bertanding bagi merebut Senat AS – apabila mereka menghadapi dakwaan penganiayaan atau gangguan, sementara menyuarakan simpati bagi wanita yang mendakwa mereka.

Dia menyokong bekas eksekutif Fox News, Roger Ailes, yang meninggal dunia, ketika dia menghadapi dakwaan gangguan. Dan selepas Fox memecat hos jurubicara, Bill O’Reilly di tengah-tengah laporan mengenai bayaran terhadap dakwaan gangguan, Trump menggelarnya “seorang yang baik.”- AFP