Trump ‘terkejut’ dengan dakwaan penderaan

WASHINGTON, 12 Feb – Rumah Putih semalam menegaskan Donald Trump ‘terkejut dan risau’ dengan dakwaan tentang penderaan rumah tangga sehingga mengakibatkan dua kakitangan meletak jawatan, selepas presiden berdepan bidasan kerana mengatakan kehidupan musnah mungkin disebabkan dakwaan palsu.

Kellyanne Conway, penasihat kanan Trump berkata presiden menyingkirkan dua kakitangan itu sebaik saja beliau mendapat bukti yang boleh dipercayai ke atas mereka. Seorang lagi penolong tertinggi Rumah Putih juga menyokong cara pengendalian Trump ke atas kontroversi terkini untuk mengubah pentadbirannya.

“Saya berpendapat presiden, seperti kita semua, juga terkejut dan risau dengan dakwaan itu, Conway berkata pada program ‘This Week’ ABC.

Trump dikatakan berang dengan tumpuan pada kekecohan terbaru di Rumah Putih terutamanya ketika ia berlaku sebelum beliau mendedahkan usaha perbelanjaan besar infrastruktur.

“Begitu banyak perkara positif belaku bagi AS dan Fake News Media tidak mahu pergi ke sana,” melalui Twitter beliau mengatakan semalam ‘cerita-cerita negatif sama yang berulang-ulang lagi’.

Conway berkata pekerjaan Ketua Kakitangan Rumah Putih, John Kelly tidak musnah kerana cara dia mengendalikan perkara itu. Para pengkritik berkata dia gagal mengendalikan situasi sebaiknya, malah mungkin mendedahkan salah seorang pembantu yang telah disingkirkan berisiko diugut.

Ditanya tentang pernyataan Trump dalam Twitter Sabtu lalu yang mengatakan kehidupannya ‘telah musnah dan berkecai’ oleh dakwaan bahawa yang kadang kala palsu, Conway memberitahu program ‘State of Union’ CNN bahawa tidak ada alasan untuk ‘tidak mempercayai wanita-wanita itu’.

Namun Trump tidak menyebutkan tentang bekas isteri kedua-dua bekas kakitangan itu, atau tentang dakwaan penganiayaan itu, dan tindak balasnya telah mengundang kritikan meluas daripada para penentangnya.

Senator Demokrat Kirsten Gillibrand berkata presiden telah sekali lagi langsung tidak menunjukkan empati bagi para mangsa penderaan. – AFP