‘Trump tidak sesuai jadi presiden AS’

‘Trump tidak sesuai jadi presiden AS’

WASHINGTON, 14 Okt – Sebilangan penderma kewangan Parti Republikan menggesa jawatankuasa kebangsaannya semalam supaya menggugurkan Donald Trump selepas tuduhan dia telah menyerang wanita-wanita secara seksual, lapor New York Times.

Dalam tanda-tanda seterusnya kempen calon presiden Republikan yang tidak terkawal menyemai perpecahan mendalam dalam parti yang berkrisis, akhbar itu memetik sebilangan mereka yang telah mendermakan berjuta-juta dolar kepada Republikan sebagai berkata bahawa skandal yang menyelubungi jutawan hartanah itu mengancam parti itu dengan penjejasan berkekalan melainkan parti itu menolaknya.

“Pada beberapa tahap, perlu direnungkan dan diakui bahawa soko-ngan tidak mungkin wajar untuk Trump kepada anak-anak – terutamanya anak-anak perempuan,” ahli perniagaan Missouri David Humphreys memberitahu New York Times, yang mengatakan dia telah menyumbang lebih AS$2.5 juta dalam tempoh empat tahun lalu.

Calon presiden Republikan Donald Trump bercakap semasa perhimpunan kempen di US Bank Arena pada 13 Oktober di Cincinnati, Ohio. – AFP
Calon presiden Republikan Donald Trump bercakap semasa perhimpunan kempen di US Bank Arena pada 13 Oktober di Cincinnati, Ohio. – AFP

“Trump adalah pemimpin berbahaya yang langsung tidak sesuai bagi tanggung jawab presiden AS,” pelabur New York, Bruce Kovner berkata dalam satu e-mel kepada akhbar harian berkenaan.

“Meski bagi mereka yang taat setia, wujud had yang mana kegagalan moral yang jelas seorang calon adalah mustahil untuk tidak diambil peduli,” dia menulis. “Had itu telah jelas dicabuli.” Kritikan ditujukan kepada para pemimpin Republikan yang terus menyokong Trump, yang termasuklah pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan(RNC) Reince Priebus.

“Reince seharusnya dipecat dan diganti dengan seseorang yang mempunyai kelayakan dan kemahiran kepimpinan untuk membina semula RNC,” pelabur California William Oberndorf memberitahu akhbar itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA