Trump tolak tuduhan ‘menipu’ pengundi

Trump tolak tuduhan ‘menipu’ pengundi

BRIDGEPORT, Amerika Syarikat, 25 April – Donald Trump dan kempen presidennya semalam menolak tuduhan oleh saingan-saingannya dari kedua-dua parti bahawa jutawan selebriti itu adalah penipu politik yang telah mengelirukan para pengundi Amerika.

Paul Manafort, penasihat kanan baru calon Republik yang disebut-sebut akan menang itu memberitahu orang kuat Republikan pada rundingan tertutup bahawa Trump telah memainkan ‘berperanan’ di hadapan perhimpunan orang ramai dan peranan itu ‘berkembang menjadi lebih serius, yang menumpu pada dasar.

Menyamakannya dengan cerita dongeng ‘Wizard of Oz”, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat Debbie Wasserman Shultz semalam memperolokkannya sebagai ‘pada dasarnya Toto menutupi orang pintar dan mendedahkan Donald Trump tidak berada pada tahap, tidak pernah pada tahap itu.” Pada dasarnya mereka mempunyai pemalsu bertanding bagi presiden AS,” dia memberitahu Fox News Sunday.

Manafort pada saluran sama cuba menghentikan kegemparan berhubung kenyataannya yang dibocorkan Khamis lalu. Dia menegaskan rakyat Amerika melihat ‘Donald Trump sebenar dalam rentak kempen bercakap kepada orang ramai,” dan orang kaya berpengaruh dalam hartanah New York tidak keluar untuk mengelirukan sesiapa pun.” – AFP

Donald Trump bercakap semasa perhimpunan kempennya di Bridgeport, pada Sabtu lalu. – AP
Donald Trump bercakap semasa perhimpunan kempennya di Bridgeport, pada Sabtu lalu. – AP