Tsai gesa tentera tingkat prestasi

Tsai gesa tentera tingkat prestasi

PINGTUNG, Taiwan, 25 Ogos – Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menggesa tentera pulau itu supaya meningkatkan prestasinya selepas siri-siri kemalangan, dengan berjanji akan membantu mempertingkatkan peralatan apabila beliau mengetuai ketenteraan hari ini.

Perang olok-olok di wilayah selatan Pingtung itu merupakan penglibatan kali pertama Tsai sejak dilantik menjadi presiden.

Latihan tersebut merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan tahunan yang mensimulasikan serangan akan datang dari China, ancaman terbesar terhadap keselamatan Taiwan.

Hubungan dengan Tanah Besar semakin dingin sejak Tsai memenangi pilihan raya pulau pada Januari lalu. Beijing begitu mencurigai Tsai, yang partinya, Parti Progresif Demokratik lazimnya prokemerdekaan dan memberi amaran kepada beliau tentang sebarang cubaan untuk mengelak keformalan.

Tsai hari ini berkata tentera Taiwan “perlu menetapkan hala ketat” dan mengarahkan kementerian pertahanan untuk mengusahakan kemas kini strategi ketenteraannya.

Tsai Ing-wen bercakap semasa latihan ke-tenteraan yang diadakan di selatan Pingtung semalam. Tsai menggesa tentera pulau itu supaya meningkatkan prestasinya selepas siri-siri kemalangan yang berlaku sebelum ini. – AFP
Tsai Ing-wen bercakap semasa latihan ke-tenteraan yang diadakan di selatan Pingtung semalam. Tsai menggesa tentera pulau itu supaya meningkatkan prestasinya selepas siri-siri kemalangan yang berlaku sebelum ini. – AFP

“Beberapa cabaran dihadapi oleh tentera kita dari pengehadan struktur luaran, yang lain kerana prestasi kita tidak cukup bagus,” katanya di pangkalan tentera Pingtung selepas menyaksikan jet pejuang dan kereta kebal melepaskan lima tembakan.

Perang olok-olok hari ini termasuklah lebih 100 tentera payung terjun yang meniru musuh yang cuba menyerang pangkalan tentera.

Dengan memakai ves kalis peluru dan helmet, Tsai memberitahu tentera dan penonton bahawa tentera terlalu lembap dalam meningkatkan peralatan dan berjanji akan mengutamakan isu itu.

Ulasan presiden dibuat ketika perjuangan dengan imej salah langkah sejak beliau berkuasa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA