Tsai kunjungi Panama minggu depan

Tsai kunjungi Panama minggu depan

TAIPEI, 14 Jun (AFP) – Presiden baru Taiwan dijangka akan mengunjungi Panama minggu depan dalam lawatan luar negara pertamanya sejak memikul tugas, di tengah spekulasi

yang ia akan menjadi sekutu seterusnya untuk menukar kesetiaan kepada Beijing.

Lawatan Tsai Ing-wen ke perasmian Terusan Panama yang baru dikembangkan muncul ketika hubungan antara Taiwan dan tanah besar China bertukar menjadi lebih dingin.

Taiwan telah menjalankan pemerintahan sendiri sejak berpisah dengan tanah besar pada 1949 selepas perang saudara, namun ia tidak pernah mengumumkan kemerdekaan formal, bagaimanapun China masih menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

ARTIKEL YANG SAMA