TSMC bina kilang AS$3 bilion di China

TSMC bina kilang AS$3 bilion di China

TAIPEI, 29 Mac (AFP) – Syarikat Pengilangan Semikonduktor Taiwan (TSMC) telah menandatangani perjanjian untuk membina kilang bernilai AS$3 bilion di China, pelaburan luar terbesar pulau itu di tanah besar.

Firma itu yang mengambil Apple sebagai pelanggan dan dari segi hasil adalah pembuat mikrocip terkemuka di dunia yang menyediakan perkhidmatan khas, akan mendirikan kilang di Nanjing, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

Taiwan sebelum ini mengawal pelaburan teknologi tinggi seumpama itu kerana bimbang pulau itu kehilangan kelebihan kompetitifnya kepada China, yang masih menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya yang menanti akan disatukan semula – secara paksa jika perlu. Ia mula mengurangkan kawalan lima tahun lalu ketika hubungan keseluruhan semakin pulih.

China, pengguna besar elektronik, semakin penting bagi industri semikonduktor dan TSMC berdepan persaingan sengit dari saingan-saingan serantau, seperti Samsung, dan juga permintaan lembap sejagat dalam sektor teknologi.

ARTIKEL YANG SAMA