Tsonga berjaya halang Nishikori

Tsonga berjaya halang Nishikori

PARIS, 3 Jun (Reuters) – Pemain pilihan setempat, Jo-Wilfreid Tsonga mendapatkan kembali kedudukannya tepat pada masanya untuk menghalang kebangkitan daripada pemain pilihan kelima dari Jepun, Kei Nishikori, dengan kemenangan 6-1, 6-4, 4-6, 3-6, 6-3 bagi kemaraan ke separuh akhir Terbuka Perancis semalam.

Tsonga, yang bersedia untuk menjadi pemain Perancis pertama memenangi grand slam di tempat sendiri sejak Yannick Noah pada 1983, bergelut pada set ketiga dan keempat, tetapi lebih fokus dalam penentuan.

Dia akan menghadapi pemain pilihan kelapan Stan Wawrinka, yang menewaskan pemain senegaranya dari Switzerland Roger Federer, bagi merebut tempat ke final.

“Saya terlalu gembira, ia adalah sukar kerana dia kembali dengan kuat tetapi saya terus bertahan,” Tsonga memberitahu wartawan.

Apa yang dilihat bagi kemenangan bertukar persaingan sengit bagi Tsonga.

Jo Wilfried Tsonga meraikan kemenangan di depan penyokong tempatan. – Reuters
Jo Wilfried Tsonga meraikan kemenangan di depan penyokong tempatan. – Reuters

Pemain dari Perancis itu mendahului 4-0 ketika Nishikori menunjukkan rasa gentar di awal permainan dan melengkapkan set pembukaan dengan pukulan forehand winner. Dia memenangi permainan keempatnya berturut–turut untuk melebarkan pendahuluan 2-0 pada set kedua tetapi satu lagi pukulan unforced error dari Nishikori membolehkan pemain dari Perancis itu mencatat mata 4-1 di depan.

Permainan ditangguhkan selama 40 minit pada kedudukan 5-2 selepas panel jatuh ke atas penonton.

Rehat tersebut membantu Nishikori, yang mula bermain hebat, walaupun Tsonga memenangi set itu, momentum jelas berubah.

Tsonga mensia-siakan tiga break point bagi kedudukan 5-4 pada set ketiga dan Nishikori merampas peluang itu untuk memenangi set tersebut berikutan pukulan balas servis.

Tsonga menemui rentaknya kembali, mencatatkan 3-1 dalam penentuan apabila penguasaannya ke jarring memaksa Nishikori membuat pukulan forehand yang tinggi dan dia menamatkan set itu bagi melengkapkan kemenangan.

ARTIKEL YANG SAMA