Tsonga jinakkan Haas

Tsonga jinakkan Haas

VIENNA, 22 Okt – Jo-Wilfried Tsonga bekerja keras semalam untuk memenangi perlawanan pembukaan di Terbuka Erste Bank, menewaskan pemain veteran Jerman, Tommy Haas 6-3, 6-7 (3-7), 6-4 selepas mempamerkan permainan menarik dari final Shanghai hujung minggu.

Pemain pilihan keempat itu berjuang bagi salah satu dari dua tempat yang ada dalam pertandingan penamat musim ATP pada November yang akan diadakan di London.

Finalis Shanghai itu menentang Novak Djokovic hanya tiba malam Selasa lalu di Austria tetapi sudah cukup untuk mendapatkan kemenangan ke pusingan kedua selepas hampir dua jam dalam gelanggang.

“Ketika pertandingan tersebut, saya merasa letih, terutamanya ketika set kedua. Tetapi Haas tidak beraksi yang sebaik mungkin. Saya bergelut, tetapi saya bertahan. Ia adalah bagus untuk menang, tetapi saya perlu untuk pulih bagi pusingan seterusnya,” kata Tsonga.

Tsonga berada di kedudukan kesembilan dalam kutipan mata di London, mengekori calon kelayakan Kei Nishikori dan pilihan utama Vienna, David Ferrer di kedudukan ke lapan.

Aksi Tsonga ketika menentang Tommy Haas dari Jerman pada perlawanan pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka Erste Bank di Vienna, Austria, semalam. – Agensi
Aksi Tsonga ketika menentang Tommy Haas dari Jerman pada perlawanan pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka Erste Bank di Vienna, Austria, semalam. – Agensi

Pemain pilihan mendapatkan kemenangan ke atas Haas, 37, yang kembali dari pembedahan bahu ketiga musim lalu dan di rangking ke-466. Pemain wild card veteran itu meletakkan dirinya di kedudukan terbaik ketika dia terus memberikan tekanan ke atas Tsonga.

Tsonga menamatkan dengan 41 kemenangan, 32 kesilapan mudah dan 14 aces. Haas, pemain wild card, mendapatkan kemenangan ketiganya setelah kembali beraksi pada satu masa.

“Bagaimana anda merasa gembira apabila anda tewas? Ia bukanlah perasaan yang bagus, tetapi saya gembira saya masih beraksi bagus dalam tenis. Saya mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan,” katanya.

“Bahu perlu lebih baik. Terdapat banyak pemikiran dalam otak saya, tetapi semuanya menghala ke arah yang tepat. Saya perlu lebih cergas pada musim penamat ini, meletakkan beberapa kekuatan di bahu.”

Haas berkata dia berharap untuk beraksi dengan jadual penuh pada 2016. – dpa