Tsonga tarik diri, Monfils tersingkir

Tsonga tarik diri, Monfils tersingkir

ROM, 10 Mei (AFP) – Tiga daripada empat pemain pilihan utama di kejohanan Rome Masters menempah pusingan kedua, semalam ketika bintang Perancis, Jo-Wilfried Tsonga terpaksa menarik diri selepas berdepan kecederaan ketika latihan.

Ia jelas berita kurang menyenangkan buat pilihan ketujuh itu dengan insiden berlaku kurang beberapa hari sebelum kejohanan lebih besar, Grand Slam Terbuka Perancis yang bermula 22 Mei ini.

Pemain pilihan yang menepati ramalan untuk mara ialah bintang Kanada, Milos Raonic yang juga pilihan ke-10, Richard Gasquet pilihan ke-11 dan jaguh Britain, Andy Murray.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi pemain pilihan ke-14, Gael Monfils apabila tewas 6-3, 7-6 (7/2) kepada pemaion Brazil, Thomas Bellucci. Tsonga berkata dia akan bekerja keras untuk meraih semula kecergasannya menjelang saingan di Roland Garros.

“Saya tidak sihat ketika meninggalkan Madrid selama dua hari, dan saya datang ke sini dan cuba untuk bermain sedikit untuk melihat bagaimana keadaannya,” kata Tsonga. “Pagi ini, saya hanya meregangkan sedikit badan saya.”

Aksi Tsonga dalam satu perlawanan pada Kejohanan Terbuka Australia 2016 yang lalu. Tsongsa terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan Rome Masters selepas menghadapi kecederaan ketika mengadakan sesi latihan. – AFP
Aksi Tsonga dalam satu perlawanan pada Kejohanan Terbuka Australia 2016 yang lalu. Tsongsa terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan Rome Masters selepas menghadapi kecederaan ketika mengadakan sesi latihan. – AFP

Tsonga tewas di pusingan ketika di Madrid kepada Raonic dan bermain di separuh akhir di Monte Carlo menentang rakan senegaranya, Monfils bulan lalu.

Raonic dalam pada itu menewaskan pemain Itali, Marco Cecchinato 6-4, 4-6, 6-4 untuk mara ke pusingan kedua dengan lawan sukar menantinya iaitu pemain Australia, Nick Kyrgios. Kyrgios mara selepas menewaskan pemain wildcard Itali, Salvatore Caruso 6-1, 62 dengan rekod baik melangkah ke separuh akhir kejohanan di Estoril selain mara ke suku akhir di Madrid.

Kedua-dua pemain yang memiliki pukulan padu di atas gelanggang ini memiliki rekod seimbang 2-2 daripada empat pertemuan sebelum ini.

Gasquet dalam pada itu menewaskan rakan senegaranya, Julien Benneteau 6-3, 6-0 dengan pilihan ke-13, Dominic Thiem mengatasi Alexander Dolgopolov 6-3, 3-6, 6-4 manakala Guillermo Garcia-Lopez dari Sepanyol merosakkan hari pemain utama Itali, Fabio Fognini 6-1, 7-6 (7-2).

ARTIKEL YANG SAMA