Tsunami kecil landa selatan pulau Jepun

Tsunami kecil landa selatan pulau Jepun

TOKYO, 3 Mei (AFP) – Satu tsunami kecil melanda segugusan kepulauan Jepun di Pasifik awal hari ini berikutan satu gempa bumi, namun tiada laporan kerosakan atau kecederaan, pegawai dan laporan mengatakan.

Gempa bumi 5.7 melanda pada pukul 1:50 pagi waktu tempatan kira-kira 456 kilometer selatan Tokyo, Balai Cerap AS mengatakan.

Awal hari ini, agensi meteorologi Jepun mengukurnya pada 5.9 magnitud. Susulan gempa bumi, yang agak cetek di dasar laut, agensi itu mengeluarkan satu amaran tsunami sehingga satu meter bagi gugusan pulau Izu, selatan Tokyo dan gugusan pulau Ogasawara, selatan jauh di Laut Pasifik.

Satu gelombang setinggi 50 sentimeter mencecah pulau Hachijojima, sebuah daripada pulau Izu, manakala gelombang kecil juga dilaporkan di pesisir beberapa buah pulau kecil di kawasan itu, kata agensi.

Kira-kira dua jam selepas gegaran, agensi itu membatalkan amaran, manakala tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, menurut media tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA