TTP buka akses pasaran baharu

TTP buka akses pasaran baharu

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka akses pasaran berkeutamaan buat Malaysia ke empat pasaran perdagangan bebas (FTA) yang baharu iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pasaran negara-negara tersebut akan terbuka kepada Malaysia, dan kebanyakan duti import akan dimansuhkan sebaik sahaja TPPA berkuat kuasa.

Menerusi TPPA sebagai contoh, duti import bagi hampir 73 peratus daripada eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-merta.

TanpaTPPA, hanya 11 peratus daripada eksport tekstil ke Amerika Syarikat yang menikmati duti import sifar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-BN) mengenai bagaimana Malaysia mampu memanfaatkan Komuniti Ekonomi Asean dan TPPA.

Mustapa berkata analisis kos dan manfaat TPPA akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh tiga bulan lagi untuk membuat keputusan, sama ada negara mahu menyertai TPPA atau tidak. TPPA terdiri daripada 12 negara dengan pasaran 800 juta penduduk dengan keluaran dalam negara kasar sebanyak AS$27.5 trilion. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA