Tuah Alvina menang MINI One

Tuah Alvina menang MINI One

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Kegembiraan Alvina Chung Sei Ing dapat dilihat dengan senyuman lebar di bibirnya apabila berjaya memandu pulang kereta MINI One selaku pemenang utama Cabutan Baiduri Fabulous Promotion @ Mabohai Shopping Complex, hari ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada empat orang finalis dalam cabutan akhir promosi yang berlangsung dari 1 Jun hingga 30 November lalu yang berjaya menemui kunci kereta MINI One di bawah kotak yang disediakan.

Alvina mengatakan ada gerak hati untuk memenangi hadiah utama, namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan meskipun terpaksa berdepan dengan finalis lain.

“Saya mungkin akan menjual kereta ini dan menghulurkan sumbangan sebahagian wang hasil jualannya kepada tabung amal,” kata Alvina.

Alvina Chung Sei Ing membawa pulang sebuah kereta MINI One disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof.
Alvina Chung Sei Ing membawa pulang sebuah kereta MINI One disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof.
Sesi bergambar ramai bersama 18 pelanggan yang menyertai cabutan akhir tersebut.
Sesi bergambar ramai bersama 18 pelanggan yang menyertai cabutan akhir tersebut.
Empat finalis mencuba tuah mereka dengan membuka kotak yang mempunyai kunci kereta tersembunyi.
Empat finalis mencuba tuah mereka dengan membuka kotak yang mempunyai kunci kereta tersembunyi.

Seramai 18 orang pelanggan mengikuti cabutan akhir ini dan mereka tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya memenangi pelbagai hadiah lain termasuklah baucar tajaan FLEXA, L’Occitane, Supa Save dan GNC, Chicco, Chocolate Royce, Movies for U, Paloma, Bossini, Blitz dan Carousel Enterprise.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dan hadiah utama disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi terbaru boleh didapati di laman web www.baiduri.com, aplikasi telefon pintar atau menghubungi Pusat Pemedulian Bank Baiduri 2449666.

Orang ramai boleh mengikuti Baiduri Bank Group di Facebook atau Instagram @baiduribank dan Twitter.

ARTIKEL YANG SAMA