Tuah ayah bawa pulang kereta

Tuah ayah bawa pulang kereta

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Haji Mohammad @ Haji Ali bin Haji Puting yang mewakili anaknya Awang Mohd Rafiuddin bin Haji Mohammad tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama Cabutan Akhir Ulang Tahun KIA ke-20 tahun berupa KIA Carnival 2.2L SX (A) setelah berjaya menghidupkan enjin kereta tersebut.

Menurut Haji Mohammad, anaknya baru sahaja membeli kereta KIA baru-baru ini dan menjadi salah seorang daripada peserta yang layak untuk menyertai cabutan utama.

Hadir bagi menyerahkan hadiah utama di Bilik Pameran KIA, Beribi itu ialah Pengurus Jualan KIA, Grand Motors Sdn Bhd, Jacqueline Koh.

Haji Mohammad menjelaskan, “Anak saya tidak dapat untuk menghadiri cabutan ini dan saya sebagai ayah beliau mewakili cabutan dan tidak semena-mena memenangi sebuah kereta. Saya tidak menyangka untuk membawa balik sebuah kereta lagi dan sekali gus sangat gembira untuk anak saya.”

Manakala, Awang Suhardi bin Haji Asli muncul sebagai pemenang tempat kedua untuk membawa balik tiket pelancongan lima hari empat malam ke Seoul, Korea Selatan untuk dua orang.

Haji Mohammad mengabadikan kenangan bersama kereta KIA Carnival 2.2L SX (A) CRDi yang dimenangi oleh anaknya semasa Cabutan Akhir Ulang Tahun KIA ke-20 kelmarin.
Haji Mohammad mengabadikan kenangan bersama kereta KIA Carnival 2.2L SX (A) CRDi yang dimenangi oleh anaknya semasa Cabutan Akhir Ulang Tahun KIA ke-20 kelmarin.
Para pemenang bertuah bergambar ramai bersama Jacqueline Koh.
Para pemenang bertuah bergambar ramai bersama Jacqueline Koh.

Sementara 18 peserta lainnya turut memenangi hadiah berupa produk jam tangan, gajet jenama Apple, Samsung dan LG LED TV 55 inci.

Hadiah-hadiah berkenaan disampaikan oleh Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin dan Penolong Pemasaran dan Pengurus Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Asharul bin Norshahari Kamaluddin.

Seramai 400 penyertaan pelanggan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20 tahun’ yang telah membeli kereta jenama KIA dari 1 September hingga 31 Disember 2016 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA