Tuah Dayang Nur Atikah ke UK

Tuah Dayang Nur Atikah ke UK

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Dayang Nur Atikah binti Morshidi hari ini teruja untuk berlepas ke United Kingdom (UK) bersama dengan suami beliau setelah menjadi pemenang utama bagi Kuiz SMS FLY2Euro.

Beliau ketika ditemu bual oleh pihak Media Permata menyatakan bahawa beliau merasa gembira atas kemenangannya itu dan merasa teruja atas kunjungan kali pertamanya ke UK. Beliau dan suami akan ditemani bersama Pengarah Eksekutif Modays Technology, Haji Fauzi bin Haji Zainal.

Kuiz SMS FLY2Euro Cooltones ini telah berlangsung dari 7 Mac hingga 2 Mei 2016 lalu yang telah dibukakan kepada para pengguna Progresif.

Dayang Nur Atikah bersama suami semasa berlepas ke United Kingdom semalam.
Dayang Nur Atikah bersama suami semasa berlepas ke United Kingdom semalam.

ARTIKEL YANG SAMA