Tuah hujan batu

Tuah hujan batu

LYON, 17 Jun (AFP) – Ireland Utara menghidupkan semula peluang apabila menewaskan Ukraine 2-0 dalam aksi Kumpulan C Euro 2016 sebentar tadi, dalam perlawanan yang ditangguhkan selama seminit ekoran hujan batu.

Pemain veteran Gareth McAuley dan pemain gantian Niall McGinn menjaringkan gol, sekali gus menghidupkan harapan mereka untuk mara ke fasa kalah mati.

Tandukan cantik menerusi pertahanan West Bromwich Albion, McAuley dan jaringan pada masa kecederaan dari McGinn menggegarkan Stade de Lyon yang membolehkan Ireland mencatatkan kemenangan pertama dalam Kejohanan Eropah.

Pasukan Michael O’Niell itu menghasilkan reaksi yang sempurna setelah tewas dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C 1-0 kepada Poland, yang memberikan mereka segalanya untuk beraksi menentang juara dunia Jerman dalam perlawanan terakhir kumpulan, Selasa depan.

“Benar-benar istimewa. Ia masih lagi dapat dirasakan dalam masa beberapa hari,” kata McAuley. “Ia persembahan pasukan yang menggembirakan malam ini dan reaksi daripada kekalahan ketika menentang Poland.

Pertahanan Ireland Utara Gareth McAuley (kiri) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Ukraine di stadium Parc Olympique Lyonnais, Décines-Charpieu dekat Lyon kelmarin. – AFP
Pertahanan Ireland Utara Gareth McAuley (kiri) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Ukraine di stadium Parc Olympique Lyonnais, Décines-Charpieu dekat Lyon kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami memiliki perlawanan yang sukar akan dihadapi seterusnya dan kami mempunyai sesuatu untuk disaingi. Itu apa yang kami mahukan.” Dengan jaringan itu, McAuley juga memahatkan nama dirinya dalam buku sejarah.

Pada usia 36 tahun dan 194 hari, dia adalah penjaga gol kedua tertua pada kejohanan Euro, selepas Ivica Vastic, yang dua tahun 63 hari lebih tua apabila menjaringkan gol penalti bagi pasukan Austria menentang Poland pada Euro 2008.

Kejayaan itu adalah pembuka kejayaan bagi O’Neill. Pengurus dari Ireland Utara itu membuat lima pertukaran daripada kesebelasan utamanya selepas gagal untuk mengekalkan kedudukan mereka ke atas Poland, termasuk menggugurkan penjaring terbanyak Kyle Lafferty.

O’Neill lebih memilih untuk menurunkan Conor Washington dari QPR sebagai penyerang berbanding Lafferty yang beraksi bersama Norwich City yang sudah menjaringkan tujuh gol dalam kelayakan bagi membantu Ireland mara ke final.

Jurulatih Ukraine, Mykhailo Fomenko mengekalkan kepercayaan dengan majoriti pasukan yang tewas 2-0 kepada Jerman Ahad lalu.

ARTIKEL YANG SAMA