Tuah laman sendiri The Foxes diuji

Tuah laman sendiri The Foxes diuji

LEICIESTER, United Kingdom, 27 Sept – Empat bulan setelah kejayaan cemerlang 5,000-1 dalam Liga Perdana, pasukan bintang Leicester City kembali ke Stadium King Power untuk persaingan pertama Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri menentang Porto.

Leicester bermula acuh tak acuh dalam mempertahankan gelaran dan selepas kekalahan 4-1 di Man United Sabtu lalu, mereka sudah tewas tiga perlawanan.

Tetapi pasukan Claudio Ranieri mempamerkan permulaan menarik dalam kempen Liga Juara-Juara apabila menang 3-0 di Club Brugge dan perlawanan hari ini mewakili satu lagi bab baru dalam sejarah 132 tahun kelab tersebut.

“Di Bruges ia satu perasaan di luar realiti di mana anda keluar daripada permaidani Liga Juara-Juara menerusi gerbang Liga Juara-Juara,” kata pemain sayap Marc Albrighton yang menjaringkan gol pembukaan Leicester di Belgium.

Ranieri dan pemainnya meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana pada 7 Mei lalu. - AFP
Ranieri dan pemainnya meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana pada 7 Mei lalu. – AFP

“Ia sesuatu yang biasa kami lihat dalam TV dan kami berada di sana dan mendengar nada dan keluar beraksi dalam Liga Juara-Juara. Itu realiti dan menjadikan anda mahu lebih lagi. Ia memberikan anda satu perasaan hebat yang lahir daripada semua itu.

“Kami tahu ia satu perlawanan yang menarik dan jika kami bermula dengan baik di sini di stadium dan meneruskannya, kami akan meletakkan diri kami dalam kedudukan yang hebat untuk berada lebih jauh dalam perlawanan ini.”

Penjaga gol Kasper Schameichel yang tidak beraksi di Old Trafford Sabtu lalu kerana kecederaan dijangka akan beraksi menentang Porto selepas berlatih bersama skuad semalam.

Midfield dari Perancis Nampalys Mendy, masih direhatkan dengan masalah buku lali. Ranieri akan mendapat keyakinan dengan kehadiran Islam Slimani yang mencatat rekod perpindahan 28 juta pound (A$36.3 juta) bersama barisan kesebelasan utama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA