Tuah lapan pelanggan menanti

Tuah lapan pelanggan menanti

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Tuah lapan orang pelanggan yang menyertai promosi Menangi Kereta Pan Bright Travel Services akan ditentukan Jumaat depan apabila salah seorang daripada mereka akan memandu pulang sebuah kereta.

Majlis undian bagi memilih nama-nama pelanggan bertuah itu telah diadakan di Pejabat Pan Bright di ibu negara, hari ini, dengan disaksikan oleh Pengurus Besar Pan Bright Travel Services, Johnnie Cheong dan Pengurus Eksekutif, Vivien Lo. Pengundian dilakukan oleh Pengurus Negara RB Brunei, Evelyen Ang; Ketua Jualan Singapore Airlines Ltd Brunei, Wong Siaw Ling dan Ketua Stesen Malaysia Airlines Brunei, Dayang Siti Bibi Hazslina binti Awang Bolhassan.

Promosi Menangi Kereta Pan Bright itu telah bermula pada 26 September lalu hingga 26 Mac 2016, yang diadakan dengan tujuan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang terus memberi sokongan kepada perkhidmatan mereka.

Gambar ramai Pan Bright bersama agensi penerbangan yang terlibat dalam promosi itu.
Gambar ramai Pan Bright bersama agensi penerbangan yang terlibat dalam promosi itu.

Di samping sebuah kereta, lapan pelanggan bertuah itu juga berpeluang memenangi tiket penerbangan kelas ekonomi ke London, Melbourne, Bali, Sydney, Bangkok dan juga Beijing.

Hadiah-hadiah tiket penerbangan ditaja oleh Royal Brunei Airlines (RB), Malaysia Airlines dan Singapore Airlines.

Majlis pengundian pelanggan bertuah untuk promosi itu turut disaksikan oleh wakil dari ketiga-tiga agensi penerbangan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA