Tuah menyebelahi Awang Hasbuliah

Tuah menyebelahi Awang Hasbuliah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Awang Hasbuliah bin Haji Saedan membawa pulang wang tunai $388 setelah nama beliau terpilih dalam cabutan bertuah Freshco, Shop, Dine & Win yang berlangsung di Freshco, di sini hari ini.

Diikuti dengan permainan Guess Search & Win yang dimenangi oleh Dayang Nur Amal Afizah bagi tempat pertama, Dayang Siti Nurul Aqilah Shyaqif binti Haji Brahim tempat kedua dan Dayang Ruziyah Omar tempat ketiga.

Cabutan bertuah kali ke 13 ini adalah antara siri Shop, Dine & Win yang membawa jumlah sebanyak 23 cabutan bertuah tahun ini.

Selain hadiah utama barangan Philips juga menjadi hadiah kepada pelanggan-pelanggan yang bertuah.

Antara ciri-ciri terbaru cabutan bertuah kali ini ialah tiga pemenang terpilih dikehendaki meneka dan mencari produk tertentu dalam masa 3 minit di Pasar Raya Freshco.

Awang Hasbuliah (kiri), pemenang utama menerima hadiah daripada wakil Freshco.
Awang Hasbuliah (kiri), pemenang utama menerima hadiah daripada wakil Freshco.

Peserta yang menemui banyak jumlah produk dengan tempat dianggap sebagai pemenang dan masing-masing membawa balik baucar bernilai $200, $100 dan $50.

Dalam tahun kedua ini, tujuan siri cabutan bertuah ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia di atas sokongan yang berterusan.

Para pelanggan dari mana-mana kedai di bawah Freshco dan di beberapa restoran di Pusat Membeli Belah Times Square seperti Shinobu Shabu Shabu, Pastamania, Waroeng Penyet, Auntie Annes dan All Seasons. Selain itu Pastamania di Tanjung Bunut dan Sushi Tei Gadong.

Sesi bergambar ramai para pemenang yang lain.
Sesi bergambar ramai para pemenang yang lain.
Tiga pemenang bertuah dalam permainan Guess, Search & Win.
Tiga pemenang bertuah dalam permainan Guess, Search & Win.

Para pelanggan hanya perlu membuat nama dan keterangan untuk dihubungi di belakang resit dan masukkannya ke dalam kotak cabutan bertuah. Mereka akan dihubungi untuk mengambil dan mengisikan kupon cabutan bertuah serta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Semasa hari cabutan bertuah, semua finalis dikehendaki datang membawa kad pengenalan asli mereka bersama kupon cabutan bertuah asli mereka.

Sementara wakil-wakil dibenarkan untuk mengambil hadiah bagi pihak pemenang jika wakil menunjukkan salinan kad pengenalan pemenang, kupon asli dan kad pengenalan wakil sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA