Tuah milik Dayang Haliza

Tuah milik Dayang Haliza

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Seorang pelanggan berpeluang beraya dengan kereta baru apabila memenangi sebuah kereta Volkswagen Vento baru dalam Cabutan Bertuah Utama Pepsi Bonanza 2016 yang berlangsung di Giant, Rimba, di sini, hari ini.

Ketika ditemui, Dayang Haliza binti Baha melahirkan perasaan tidak menduga dengan tuah yang cukup besar apabila nama beliau terpilih sebagai pemenang hadiah utama.

Manakala itu, hadiah kedua berupa Apple iPad Pro Wifi 32GB telah dimenangi oleh Awang Jamal Aidillah bin Haji Badar Udoin dan Haji Ruslan bin Haji Dali pula membawa pula hadiah ketiga berupa iPhone 6S 16GB.

Pemenang tempat keempat hingga ke-10 pula masing-masing membawa pulang Aifa Ultra 49″ HD LED TV, Samsung S6 Duos 32GB, Acer Aspire ES-474G-50Urb, Apple Sport Watch, Samsung Galaxy Gear S R7500, Acer Aspire ES-522G62Y9i dan LG LED 24″ TV.

Sementara itu, lima pemenang sagu hati masing-masing menerima baucar Secret Recipe bernilai $40 bersama satu kartun Pepsi 330ml.

Gambar ramai pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat bersama Valentine Hon (paling kiri).
Gambar ramai pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat bersama Valentine Hon (paling kiri).
Dayang Haliza di dalam kereta yang baru dimenanginya.
Dayang Haliza di dalam kereta yang baru dimenanginya.

Hadir bagi menyampaikan kunci kereta kepada pemenang utama dan hadiah kedua ialah Pengurus Besar, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon.

Sementara itu, penyampaian hadiah bagi pemenang tempat ketiga hingga ke 10 pula disempurnakan oleh Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Kevin Robin Jon, hadiah sagu hati pula disampaikan oleh Pemasaran Eksekutif, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Ivy Tiongco.

Terdahulu sebelum menerima hadiah masing-masing, para peserta yang namanya diundi sebagai pemenang daripada 250 orang yang disenarai pendekkan perlu mengharungi lima jenis cabaran permainan iaitu Cabaran Minum Pepsi, Cabaran Penyepit, Surprise Envelope, Cabaran Makan Aiskrim dan Reverse Papers Scissors Rocks Challenge.

Turut hadir menyaksikan dan mencabut nama-nama bertuah pada majlis itu ialah Pengurus Besar Giant Hypermarket, Dayang Nur Fatima; Pengurus Kompleks Giant Hypermarket, Pengiran Hajah Refiah binti Pengiran Haji Sabtu dan Pengurus Dagangan Giant Hypermarket, Henry Lim.

Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza telah berjalan dari 15 Mac 2016 hingga 31 Mei 2016 lalu, dengan kira-kira 11,000 penyertaan telah dikutip dari pasar-pasar raya dan kedai runcit di keempat-empat daerah.

Penyertaan tahun ini menunjukkan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding promosi cabutan bertuah Pepsi sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA