Tuah milik Salsabila

Tuah milik Salsabila

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Tuah memihak kepada Dayang Salsabila binti Haji Aidul Majid apabila menjadi pemenang utama dalam promosi ‘Pesta Toyota Bonus Berganda’ sekali gus membawa pulang baucar bernilai $10,000.

Majlis Cabutan utama promosi anjuran NBT Brunei Sdn Bhd itu diadakan di Dewan Ballroom, Hua Ho Manggis Mall dengan menyaksikan lebih 1,000 orang peserta turut mencuba nasib masing-masing.

Ibu Dayang Salsabila, Hajah Siti Aidah binti Pengarah Dato Paduka Haji Othman berkata, beliau tidak dapat membayangkan apa yang diterima itu. Menurutnya, ini buat kali pertama dalam hidup beliau menerima wang yang begitu besar sekali gus memenangi hadiah utama dari NBT.

“Alhamdulillah, kereta Toyota Corolla Altis yang kami miliki adalah hadiah daripada anak kami.

“Wang yang diterima ini akan dibincangkan bersama anak-anak dan mengadakan majlis doa selamat dalam bulan yang mulia ini,” ujarnya.

(kiri ke kanan) Haji Zulkhairi, Hajah Siti Aidah dan Haji Mohd Zain, tiga pemenang bertuah membawa balik baucar wang tunai.
(kiri ke kanan) Haji Zulkhairi, Hajah Siti Aidah dan Haji Mohd Zain, tiga pemenang bertuah membawa balik baucar wang tunai.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Selain itu, majlis cabutan berkenaan turut menyaksikan Haji Mohd Zain bin Haji Ismail memenangi baucar wang tunai bernilai $7,500 dan Haji Zulkhairi bin Haji Adnan menerima baucar bernilai $5,000.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan cawangan Gadong, Sharifah Marianah Othman.

Manakala itu, hadiah-hadiah sagu hati berupa Televisyen LED Panasonic 50” dan kad tunai Baiduri bernilai $500 kepada lapan orang pemenang pula disampaikan oleh Pengurus Jualan cawangan Bunut, Awang Abdul Ghani bin Haji Abdul Hamid dan Pengurus Jualan cawangan Kuala Belait, Audrey Yong Ern Hui.

Promosi berkenaan telah berlangsung dari 1 Mei hingga 28 Jun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA