Tuah si Jack

Tuah si Jack

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 23 Ogos – Kebersihan, kesihatan, daya tarik fotogenik, saiz dan bulu yang cantik adalah ciri-ciri yang dinilai oleh para hakim dalam Pertandingan Kucing-kucing Tempatan dan Luar Negeri 2015 ke-16 diadakan di Dewan Bandaran di sini, hari ini.

Sebanyak 30 penyertaan telah diterima sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 bagi Peringkat Daerah Belait dengan membahagikannya kepada lima kategori, iaitu kucing parsi, berkebiri, campuran, siam dan biasa.

Pengerusi pertandingan anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Kuala Belait itu, Hajah Julia Chee dalam ucapan alu-aluannya menyatakan minat memelihara dan menyayangi binatang peliharaan seperti kucing sudah semakin meningkat di kalangan kaum belia pada masa ini.

Menurutnya, melalui hobi itu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang sanggup memelihara kucing-kucing terbiar atas timbulnya rasa sayang dan prihatin serta belas kasihan ke atas felin itu, dan beliau melihat sikap itu adalah sangat mulia.

Jack merebut beberapa hadiah kemenangan sekali gus merangkul gelaran sebagai kucing Best of the Best.
Jack merebut beberapa hadiah kemenangan sekali gus merangkul gelaran sebagai kucing Best of the Best.

“Pada hari ini kita akan dapat melihat kasih dan sayang pemilik kucing, hasil daripada penjagaan dan pemeliharaan mereka setiap hari, dari segi membersihkan, memandikan dan menjaga pemakanan yang berkhasiat untuk kecantikan bulu, dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menyatakan harapan supaya pertandingan kucing-kucing peliharaan tempatan dan luar negara akan terus mendapat sokongan pada masa-masa yang akan datang.

Penghakiman dilihat daripada beberapa sudut untuk menentukan kucing yang menang pertandingan.
Penghakiman dilihat daripada beberapa sudut untuk menentukan kucing yang menang pertandingan.
Antara salah seekor kucing yang turut diumumkan menang dalam Pertandingan Kucing Tempatan dan Luar Negeri, kelmarin.
Antara salah seekor kucing yang turut diumumkan menang dalam Pertandingan Kucing Tempatan dan Luar Negeri, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemilik-pemilik kucing yang menang ialah isteri Penolong Pegawai Daerah Belait, Pengiran Hajah Faridah binti Pengiran Haji Mohammad.

Kucing yang menang dari segi kebersihan dan kesihatan adalah yang diberi nama Maithai, sementara itu hadiah kucing terbesar diberikan kepada kucing bernama Jack yang turut memenangi hadiah Bulu Tercantik dan Fotogenik sekali gus merangkul hadiah Best Of The Best.

Seperti lazimnya, pertandingan kucing begitu menarik perhatian orang ramai yang mana ramai penduduk di daerah ini datang membawa anak-anak mereka bagi menyaksikan kucing-kucing yang dipertandingkan dan tidak kurang juga mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar selain ada juga yang tidak melepaskan peluang berselfie dengan kucing-kucing yang mereka minati.

ARTIKEL YANG SAMA