Tuah Suriani ke Rio 2016

Tuah Suriani ke Rio 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Pemegang kad bertuah Baiduri, Suriani binti Haji Tamit telah diterbangkan ke Rio de Janeiro dengan tambang dua orang yang dibayar sepenuhnya oleh Visa bagi menyaksikan temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil baru-baru ini.

Menurut kenyataan dari Bank Baiduri bahawa pada bulan Julai lalu bank berkenaan telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemegang kad bertuah di Ibu Pejabat Baiduri di Kiarong.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

(Dari kiri ke kanan), Pengurus Hubungan Jenama Kad dan Sokongan Perbankan Perniagaan Pemasaran, Michelle Lo; Abdul Wahab bin Haji Hashim; Suriani ; Pegawai Pemasaran, Yong Yee Ching.
(Dari kiri ke kanan), Pengurus Hubungan Jenama Kad dan Sokongan Perbankan Perniagaan Pemasaran, Michelle Lo; Abdul Wahab bin Haji Hashim; Suriani ; Pegawai Pemasaran, Yong Yee Ching.

Perbelanjaan lawatan selama lima hari dan empat malam itu termasuk tiket pergi dan pulang dari Brunei ke Rio, tiket menyaksikan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Rio 2016 dan acara-acara terpilih, penginapan di Hotel Windsor Atlantica, lawatan ke mercu tanda ikonik Rio, kad prabayar Visa bernilai AS$400 sepanjang perjalanan tersebut.

Menurut Suriani, beliau dan suami sangat bertuah dan gembira kerana diberi peluang menarik untuk terbang ke Brazil dan mengalami sendiri Sukan Olimpik.

Bagi beliau ia merupakan satu kejutan.

Suriani kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Visa dan juga Bank Baiduri kerana memberikan peluang sekali seumur hidup.