Tuchel kecewa...

Tuchel kecewa bas lambat

MONACO, 20 April – Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel (gambar) membuat aduan bahawa ketibaan lambat dengan bas bagi pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara dengan Monaco menjejaskan peluang mereka menukar keputusan perlawanan.

Seminggu selepas serangan bom ke atas bas mereka dalam perjalanan bagi pusingan pertama di Jerman, menyaksikan pertahanan Jerman Marc Bartra patah pergelangan dan memaksa perlawanan ditangguhkan semalam 24 jam.

Bimbang dengan insiden sama berulang, Dortmund dikawal oleh polis di Monaco sehingga memaksa perlawanan yang diadakan di Stade Louis II bermula lima minit lebih lewat daripada jadual.

“Bas seharusnya berlepas pada 7:15 malam. Semua sudah berada dalam bas dan polis bersedia untuk mengiringi kami tetapi kami kemudian dimaklumkan untuk menunggu,” kata Tuchel selepas kekalahan 3-1 di Mediterranean yang menyaksikan mereka tewas 6-3 menerusi agregat.

“Kami berada di sana selama 16 atau 17 minit dan apabila kami cuba untuk mendapatkan jawapan mengapa, mereka hanya berkata untuk tujuan keselamatan.

“Itu adalah perkara buruk yang boleh berlaku seminggu selepas serangan apabila semua orang dalam bas bersedia untuk pergi tetapi kami tidak dibenarkan.

“Anda datang dan cuba menenangkan fikiran untuk keluar dan menukar keputusan perlawanan tetapi dengan hanya sejam lebih sebelum perlawanan kami tidak dapat memikirkan mengenai bola sepak sepanjang masa dan ia tidaklah sesuai.”

Dortmund, pasukan tangga kedua pada 2013, diketepikan oleh pasukan muda Monaco tetapi Tuchel optimis perkara itu berbeza tanpa kesan tragik minggu lalu.

Apabila ditanya apa yang tinggal bagi pasukannya yang berada di tangga keempat dalam Bundesliga dengan baki lima perlawanan dan kekurangan langkah tambahan di Eropah, Tuchel berkata: “Lapan hari selepas serangan adalah sukar untuk menjawab persoalan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA