TUDB dapat timbalan pemerintah baru

TUDB dapat timbalan pemerintah baru

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kini mempunyai Timbalan Pemerintah baru iaitu Kolonel (U) Haji Hamsani bin Haji Abdul Hamid, dengan pelantikannya berkuat kuasa esok.

Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pemerintah TUDB berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba, hari ini.

Upacara berkenaan menyaksikan penyerahan tugas daripada Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah kepada Kolonel (U) Haji Hamsani yang sebelum ini, memegang jawatan Timbalan Pemerintah Markas Angkatan Bersama.

Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota TUDB.

Terdahulu, upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang disusuli dengan penandatanganan penyerahan tugas jawatan Timbalan Pemerintah TUDB.

Penandatanganan penyerahan tugas jawatan Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dari Kolonel (U) Shahril Anwar kepada Kolonel (U) Haji Hamsani.
Penandatanganan penyerahan tugas jawatan Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dari Kolonel (U) Shahril Anwar kepada Kolonel (U) Haji Hamsani.
Kolonel (U) Shahril Anwar (kiri) menyempurnakan penyerahan tugas kepada Kolonel (U) Haji Hamsani.
Kolonel (U) Shahril Anwar (kiri) menyempurnakan penyerahan tugas kepada Kolonel (U) Haji Hamsani.
Antara yang hadir di upacara berkenaan.
Antara yang hadir di upacara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA