Tuduhan perlu bukti – Djokovic

Tuduhan perlu bukti – Djokovic

MELBOURNE, 21 Jan – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic menggesa pihak yang membuat tuduhan korupsi untuk mempamerkan bukti selepas akhbar Itali memberikan cadangan “tidak masuk akal” menyatakan dia pernah sengaja kalah dalam satu perlawanan.

“Ia tidak benar,” pemain Serbia berusia 28 tahun itu memberitahu ketika sidang media yang tegang di Terbuka Australia apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Tuttosport mengenai kekalahan pada 2007 ke atas pemain Perancis Fabrice Santoro di kejohanan Paris Masters.

Juara bertahan itu, yang mudah mara ke pusingan ketiga dengan kemenangan 6-1, 6-2, 7-6 (7/3) ke atas remaja Perancis Quentin Halys di Melbourne kelmarin, menggambarkan spekulasi ketika mengenai tenis sebagai “tidak masuk akal”.

Dia berkata ia akan kekal sebagai satu spekulasi sehingga adanya “bukti sebenar”.

Pihak berkuasa tenis juga secara keras menafikan cadangan-cadangan bukti korupsi itu telah secara sengaja ditekan.

Novak Djokovic ketika menewaskan pemain muda Perancis pada pusingan kedua Terbuka Australia. - Reuters
Novak Djokovic ketika menewaskan pemain muda Perancis pada pusingan kedua Terbuka Australia. – Reuters

Tuttosport memberi cadangan bahawa Djokovic berkemungkinan sengaja kalah ke atas Santoro ketika kejohanan Paris Masters 2007.

“Apakah yang ingin saya dikatakan? Saya tewas dalam perlawanan itu. Saya tidak tahu jika anda cuba untuk mereka-reka cerita mengenai perlawanan itu atau dalam hal apa sahaja perlawanan pemain teratas tewas ketika pusingan awal, saya berasa ia tidak masuk akal,” ujar Djokovic.

“Sesiapa sahaja boleh mereka-reka cerita mengenai apa sahaja perlawanan. Itulah maksud saya. Tiada banyak perlawanan di mana pemain-pemain teratas tewas di pusingan awal sejak sedekad lalu.

“Anda boleh memilih apa sahaja perlawanan yang kamu suka seperti itu dan membuat cerita mengenainya.

“Saya berasa ia tidak disokong oleh apa-apa bukti dan fakta. Ia hanya spekulasi. Jadi saya tidak berasa ada cerita mengenainya.”

Nama Djokovic disebut dalam penyiasatan pendakwaan Itali ke dalam pertaruhan haram dalam bola sepak dan tenis. Dua pemain Itali disyaki menerima rasuah.

Namun pertanyaan tersebut telah secara rasminya ditutup Disember lepas.

BBC dan BuzzFeed News mendakwa pada malam Terbuka Australia bahawa 16 pemain ternama telah secara berulang kali telah disyaki terlibat dalam menentukan perlawanan-perlawanan tetapi tidak pernah menghadapi apa-apa tindakan. – AFP