Tugasan getir untuk The Boys

Tugasan getir untuk The Boys

JOHANNESBURG, 26 Julai (AFP) – Afrika Selatan diberikan tugasan getir apabila undian pusingan kelayakan awal Afrika bagi Piala Dunia 2018 dilakukan di negara tuan rumah, Rusia semalam.

Bafana Bafana (The Boys), yang beraksi dalam persaingan dunia tiga kali, digandingkan bersama pasukan dari selatan Afrika, Angola selepas undian di Saint Petersburg.

Ia merupakan satu daripada 20 perlawanan pusingan kedua yang memperkenalkan dua bekas kelayakan dengan Angola mengejutkan peserta dalam perlawanan 2006.

Afrika Selatan mara ke perlawanan 1998 dan 2002 menerusi kelayakan dan secara automatik dalam Piala Dunia 2010 sebagai tuan rumah.

Hanya tujuh ranking Afrika membahagikan Bafana Bafana dan Palancas Negras (Sable Antelopes) dan pertembungan itu menjadi tumpuan undian tersebut.

Bekas pemain Cameroon Samuel Eto’o memegang kepingan kertas menunjukkan ‘Cote D’Ivoire’ semasa undian kelayakan Piala Dunia 2018 di Konstantin Palace di St. Petersburg, Rusia semalam. – Reuters
Bekas pemain Cameroon Samuel Eto’o memegang kepingan kertas menunjukkan ‘Cote D’Ivoire’ semasa undian kelayakan Piala Dunia 2018 di Konstantin Palace di St. Petersburg, Rusia semalam. – Reuters

Rentak kelayakan Piala Negara Afrika baru–baru ini menggambarkan persaingan sengit pada November dengan aksi pertama akan diadakan di Angola.

Afrika Selatan terikat seri 0-0 di tempat sendiri dengan Gambia bulan lalu sementara Angola membenam Republik Afrika Tengah 4-0.

Persaingan di sana tidak akan menyaksikan pertembungan berprofil tinggi, dengan pasukan kelayakan empat kali, Maghribi dan pasukan separuh akhir Piala Negara-Negara 2015, Eqiatorial Guinea adalah satu pengecualian.

Maghribi menarik diri daripada menjadi tuan rumah Piala Afrika terakhir kerana bimbang dengan penyokong pasukan pelawat akan membawa virus Ebola yang membawa maut ke negara itu.

Pengganti minit akhir – Equatorial Guinea – menggunakan kelebihan di tempat sendiri untuk memberikan kesan yang bagus, mencecah dua peringkat terakhir sebelum tunduk kepada Ghana.