Tugu mercu tanda Kg Belimbing

Tugu mercu tanda Kg Belimbing

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing, hari ini, telah menganjurkan Cabaran Larian Bukit Markuching ke-7 di Taman Riadah Tasik Sarubing, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Serentak dengan itu juga, lebih 300 orang termasuk 247 peserta Cabaran Bukit Markuching berpeluang menyaksikan perasmian Tugu Mercu Tanda Kampung Belimbing sejurus sebelum perlumbaan dimulakan.

Perasmian tugu di kawasan lapang perkarangan Taman Riadah Tasik Sarubing itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar selaku tetamu kehormat.

Sejurus selepas itu, beliau juga telah mengetuai upacara pelepasan para peserta bagi 11 kategori pertandingan sambil disaksikan bersama oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim, selaku Ketua Kampung Belimbing.

Hadir sama ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Mislie bin Haji Karim dan Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis.

Haji Muhammad Sunadi dan isteri turut dibawa melihat pokok tampoi belimbing yang sedang berbuah di kawasan Taman Riadah Tasik Sarubing.
Haji Muhammad Sunadi dan isteri turut dibawa melihat pokok tampoi belimbing yang sedang berbuah di kawasan Taman Riadah Tasik Sarubing.
Haji Muhammad Sunadi, Yang Berhormat Haji Gapor, Haji Mislie serta ahi-ahli jawatankuasa Kampung Belimbing bergambar ramai di hadapan Tugu Mercu Tanda Kampung Belimbing yang baru dirasmikan.
Haji Muhammad Sunadi, Yang Berhormat Haji Gapor, Haji Mislie serta ahi-ahli jawatankuasa Kampung Belimbing bergambar ramai di hadapan Tugu Mercu Tanda Kampung Belimbing yang baru dirasmikan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Haji Gapor berkata, MPK Belimbing telah mencatat sejarah bagi kampung itu dengan tersergamnya tugu mercu tanda lambang kampung itu, berupa replika buah tampoi belimbing.

Katanya, pembinaan tugu mercu tanda yang menelan belanja sekitar $6,000 itu ditaja oleh Syarikat Leu Enterprise Sdn Bhd dan diharap akan mencetuskan minat dan keinginan penduduk kampung, terutama generasi muda, untuk mengetahui asal usul nama Kampung Belimbing yang diilhamkan oleh sepohon pokok tampoi belimbing tunggal yang besar di kampung tersebut.

Menyentuh mengenai penganjuran cabaran larian yang semakin mendapat sambutan daripada kalangan penggemar sukan riadah dan berjaya menyerlahkan nama Kampung Belimbing, katanya matlamat utama aktiviti diadakan itu adalah bagi menggalakkan masyarakat dan orang ramai bergiat aktif dalam sukan riadah.

Tumpuan utama litar cabaran ialah pendakian Bukit Markuching yang agak mencabar bagi melatih stamina, kecergasan mental dan fizikal yang seterusnya untuk membina gaya hidup sihat.

Haji Muhammad Sunadi melepaskan peserta salah satu kategori perlumbaan.
Haji Muhammad Sunadi melepaskan peserta salah satu kategori perlumbaan.

pg04_150602_e

pg04_150602_d

Sejak penganjuran pertama yang dibukakan penyertaannya kepada semua lapisan masyarakat negara ini, kejayaan Cabaran Larian Bukit Markuching juga telah menjadikannya salah satu produk bagi projek Satu Kampung Satu Produk Kampung Belimbing.

Cabaran kali ini, yang menjadi aktiviti tahunan kampung tersebut, mempertandingkan 11 kategori penyertaan, iaitu sejauh 4.7 kilometer bagi peserta lelaki kategori B, C, D dan F, serta peserta wanita kategori H, I dan K.

Sementara itu, peserta lelaki kategori A dan E serta peserta wanita kategori G dan J perlu melengkapkan larian sejauh tiga kilometer.

Sebaik sahaja melepaskan peserta perlumbaan, tetamu kehormat serta semua hadirin yang lain telah dibawa oleh Yang Berhormat Haji Gapor serta ahli jawatankuasa MPK Belimbing meninjau pokok tampoi belimbing yang sedang berbuah, ditanam di perkarangan Taman Riadah Tasik Sarubing.

ARTIKEL YANG SAMA