Tugu Ronaldo diconteng

Tugu Ronaldo diconteng

pg22_160114_c

LISBON, 13 Jan (AFP) – Tugu Cristiano Ronaldo di Funchal, ibu negeri pulau kelahirannya di Madeira, telah diconteng dengan nama dan nombor jersi pesaing terdekatnya Lionel Messi, menurut laporan-laporan akhbar setempat.

Grafiti itu dibuat pada tugu semalaman kelmarin, hanya beberapa jam selepas bintang Argentina Messi diumumkan sebagai pemain terbaik tahunan yang kelima, menewaskan penyerang Real Madrid dari Portugal yang juga pemenang tiga kali Ballon d’Or Cristiano Ronaldo.

Walau bagaimanapun, contengan nama Messi dan nombor 10 itu telah dibersihkan dari tugu itu, menurut Diario de Noticias de Madeira.

“Ia merupakan perbuatan yang memalukan akibat hasad dengki terhadapnya,” kata kakak Ronaldo Katio Aveiro, sambil melihatkan gambar tugu yang diconteng yang tersebar melalui media sosial.

Ronaldo merasmikan tugu gangsa setinggi 3.4 meter itu pada Disember 2014 di pinggir laut Funchal, hanya beberapa ratus meter dari muzium yang dibiayai sendiri olehnya.