Tujuh beruang madu Asia diselamatkan

Tujuh beruang madu Asia diselamatkan

QUANG NINH, Vietnam, 25 Jun (AFP) – Dibebaskan daripada tahanan dalam kurungan besi kecil, tujuh beruang madu Asia telah pun diselamatkan di ladang hempedu di utara Vietnam, tatkala usaha untuk menamatkan perniagaan haram itu dipertingkatkan.

Penternakan hempedu beruang diharamkan tetapi undang-undang membenarkan haiwan tersebut dipelihara sebagai haiwan kesayangan – kelemahan yang digunakan oleh ladang haram Vietnam untuk memenuhi permintaan serantau terhadap bendalir pencernaan itu, yang dipercayai mempunyai khasiat penyembuh dalam ubat tradisional China.

Beruang tersebut diselamatkan dari wilayah pantai Quang Ninh pada awal minggu ini dan berada dalam keadaan paling teruk dengan anggota tubuh badan yang hilang atau cacat setelah dikurung dalam kurungan kecil di mana, menurut Haiwan Asia, bendalir hempedu mereka mungkin dikeluarkan.

Anggota menyelamat sama ada menggunakan madu untuk memujuk haiwan tersebut keluar daripada kurungan mereka ke dalam kurungan pengangkutan, atau membaling damak pada mereka dan mengusung mereka ke trak jika mereka enggan bergerak.

Gambar fail bertarikh 23 Jun 2015 menunjukkan salah seekor beruang madu Asia yang berjaya diselamatkan di wilayah Qaung Ninh di Vietnam. – AFP
Gambar fail bertarikh 23 Jun 2015 menunjukkan salah seekor beruang madu Asia yang berjaya diselamatkan di wilayah Qaung Ninh di Vietnam. – AFP