Tujuh korban runtuhan salji

Tujuh korban runtuhan salji

GRENOBLE, Perancis, 15 Sept (AFP) – Tujuh orang terkorban hari ini apabila runtuhan ais menghanyutkan mereka dari Pergunungan Alp Perancis, menurut seorang pegawai tempatan memberitahu wartawan, runtuhan ais paling maut yang melanda banjaran gunung terkenal tahun ini.

“Jumlahnya terus meningkat – kepada tujuh orang yang maut setakat ini,” kata pegawai Pierre Besnard, yang pada awalnya meletakkan bilangan kematian kepada lima, dengan dua lagi hilang.

Tambahnya lagi para penyelamat terus menjalankan pencarian mereka bagi memastikan tidak ada lagi mangsa lain.

Runtuhan itu melanda sekitar tengah hari di Snow Dome Massif des Ecrins pergunungan itu, akses mudah ke gunung setinggi 4,015 meter yang sangat popular di kalangan pendaki.

Ia menghanyutkan lapan orang, di kalang mereka adalah pendaki asing, kata polis, menambah kerakyatan mereka belum lagi dikenal pasti. Seorang mangsa cedera.