Tujuh mati dalam kebakaran hutan di India

Tujuh mati dalam kebakaran hutan di India

NEW DELHI, 1 Mei (Xinhua) – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh setakat ini dalam kebakaran hutan yang telah melanda di kawasan berbukit di utara India Uttarakhand sejak dua bulan lalu, kata seorang pegawai kanan polis hari ini.

Seramai 6,000 anggota dari pasukan pengurusan bencana kebangsaan, bersama dua helikopter Tentera Udara India MI-17 telah bertungkus lumus untuk menangani kebakaran yang telah memusnahkan hampir 3,000 ekar hutan di negeri yang berbukit itu, menurut pegawai itu.

ARTIKEL YANG SAMA