Tujuh maut dalam serangan gas di Aleppo

Tujuh maut dalam serangan gas di Aleppo

DAMSYIK, 4 Ogos – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 20 lagi mengalami kesukaran bernafas akibat serangan gas kimia di Aleppo semalam, menurut agensi berita SANA yang memetik pusat pemerhatian Russia.

Menurut laporan itu, kumpulan pemberontak Nour Addien al-Zinki menembak roket yang berisi gas beracun ke kawasan yang dikuasai kerajaan di daerah Salahuddien disini.

SANA melaporkan, Russia sudah memaklumkan kepada Amerika Syarikat mengenai penggunaan bahan beracun oleh kumpulan pemberontak di Aleppo.

Sementara itu, pemberontak menuduh kerajaan menggugurkan bom tong berisi gas klorin di bandar Saraqeb yang ditawan pemberontak. – Xinhua