Tujuh maut di hari pilihan raya Filipina

Tujuh maut di hari pilihan raya Filipina

MANILA, 9 Mei (AFP) – Tujuh ditembak mati dan seorang lagi cedera apabila konvoi kenderaan mereka diserang hendap di Filipina, beberapa jam sebelum pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya presiden.

Penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke aras jip dan dua motosikal sebelum subuh di bandar Rosario, di selatan Manila, kata Ketua Inspektor Jonathan del Rosario. Motif serangan masih belum diketahui.

Bagaimanapun, kejadian di wilayah Cavite yang dikenal pasti pegawai pilihan raya sebagai sebagai ‘kawasan bahaya’ disebabkan persaingan politik, kata del Rosario, yang juga menjadi jurucakap unit petugas khas pemerhati keganasan pilihan raya.

Pasukan petugas khas itu sebelum ini berkata 15 terbunuh dalam kejadian berkaitan pilihan raya sejak awal tahun ini. Namun kebanyakan kes keganasan tidak dikaitkan sepenuhnya dengan pilihan raya.

Jutaan rakyat Filipina dijangka mengundi untuk memilih pemimpin baru daripada presiden hingga kaunselor bandar.

Keganasan politik merupakan masalah berulang di negara itu, didorong oleh penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan sudah menjadi akar umbi politik ‘dinasti’, yang mana sesetengah daripada mereka mempunyai tentera swasta mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA