Tujuh maut keganasan terbaru di Mexico

Tujuh maut keganasan terbaru di Mexico

MORELIA, Mexico, 17 Jun (AFP) – Kumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah konvoi polis lalu membakar kenderaan tersebut di bahagian barat Mexico semalam, dalam keganasan yang menyebabkan dua anggota polis dan lima orang awam maut, menurut pihak berkuasa.

Lima anggota polis yang lain mengalami kecederaan dan seorang lagi hilang dalam pertempuran yang berlaku di jalan raya pinggir Apatzingan, kata pejabat pendakwa raya negeri dalam satu kenyataan.

Pasukan polis sedang menjalankan rondaan “apabila mereka bertembung dengan sekumpulan lelaki yang melepaskan tembakan yang menerima tindak balas pihak berkuasa” serta menyebabkan dua anggota maut di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Kumpulan penyerang yang tidak dikenali kembali sekali lagi beberapa jam kemudian untuk membakar dua kenderaan polis dan sebuah lori kecil, yang mayat dua orang awam dalam keadaan rentung ditemui, kata para pendakwa raya.

Pasukan keselamatan di bahagian barat daya Mexico giat menjalankan siasat berhubung serangan oleh kumpulan bersenjata yang menyebabkan tujuh orang maut termasuk dua anggota polis. – AFP
Pasukan keselamatan di bahagian barat daya Mexico giat menjalankan siasat berhubung serangan oleh kumpulan bersenjata yang menyebabkan tujuh orang maut termasuk dua anggota polis. – AFP

Dua lagi mayat dengan kesan tembakan ditemui di dalam treler dan seorang lagi mangsa berada di dalam lori ketiga. Penyerang menyiram minyak gas ke aras dua kenderaan terbabit.

Polis dan tentera masih menjalankan operasi mengesan seorang anggota polis yang hilang.

ARTIKEL YANG SAMA